10 PAKAR PENERBANGAN AS BERADA DI LOKASI BANTU SIASAT PUNCA NAHAS PESAWAT
SHAH ALAM: Seramai 10 pakar penerbangan dari Amerika Syarikat (AS) berada di lokasi nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) di Elmina, di sini hari ini bagi menjalankan siasatan punca nahas pesawat itu.
Pasukan penyiasat dari Lembaga Keselamatan Pengangkutan kebangsaan Amerika Syarikat (NTSB), Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan pembuat pesawat Beechcraft tiba bagi membuat siasatan di lokasi nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina Shah Alam hari ini. — Bernama
SHAH ALAM: Seramai 10 pakar penerbangan dari Amerika Syarikat (AS) berada di lokasi nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) di Elmina, di sini hari ini bagi menjalankan siasatan punca nahas pesawat itu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata kesemua mereka dijangka berada di negara ini selama tujuh hingga 10 hari bagi menyiasat punca nahas itu.
“Kesemua mereka tiba di negara ini semalam dan pagi ini sudah memulakan siasatan.
“Kita menjangkakan operasi membawa keluar bangkai pesawat akan selesai hari ini dan sekiranya tidak sempat, kita akan terus menempatkan anggota untuk memantau keadaan di lokasi kejadian kerana tidak mahu ada aktiviti yang di luar jangkaan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat tinjauan di lokasi kejadian bersama pegawai penyiasat Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kol Muhammad Abdullah.
Mohd Iqbal berkata lapan pegawai BSKU turut terlibat dalam penyiasatan nahas pesawat yang mengorbankan 10 individu itu.
Tinjauan Bernama mendapati kerja-kerja membawa keluar bangkai pesawat sedang dijalankan dan sebuah lori digunakan untuk membawa bangkai pesawat ke hangar di Subang untuk siasatan selanjutnya.
Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan memaklumkan laporan awal siasatan nahas pesawat yang mengorbankan 10 individu akan disediakan dalam masa 30 hari daripada tarikh kemalangan udara itu berlaku.
Siasatan teknikal berdasarkan Annex 13 – Aircraft Accident and Incident Investigation, International Civil Aviation Organisation (ICAO Annex 13), telah pun dimulakan pasukan BSKU bermula pada tarikh kejadian itu.
Khamis lepas, pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina mengorbankan 10 individu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Seri Johari Harun.
Mangsa yang maut terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam, masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang melalui kawasan berkenaan ketika kejadian.
Ketika insiden, pesawat malang itu dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat pelepasan untuk mendarat pada 2.48 petang. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.