TIGA SEKELUARGA TERKANDAS 22 HARI DI SUDAN SELAMAT KEMBALI KE MALAYSIA
Seorang ibu warganegara Malaysia bersama dua anaknya yang terperangkap di wilayah Al Gaza, Sudan ekoran konflik di negara itu, selamat kembali ke tanah air hari ini selepas 22 hari terkandas.
Junaidah Selamat, 49, (tiga, kanan) bersama dua anaknya (dari kiri) Juliana Ashraf, 23 dan Mohamad Ashraf, 18, disambut wakil Kementerian Luar sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dari Jeddah hari ini. Turut sama anak sulong Junaidah, Ahmad Ashraf, 25 (tiga dari kiri) yang baharu menamatkan pengajian di SEGi University & Colleges (SEGi). fotoBERNAMA
SEPANG: Seorang ibu warganegara Malaysia bersama dua anaknya yang terperangkap di wilayah Al Gaza, Sudan ekoran konflik di negara itu, selamat kembali ke tanah air hari ini selepas 22 hari terkandas.
Junaidah Selamat, 49, dan dua anaknya Mohamad Ashraf, 18, dan Juliana Ashraf, 23, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini menerusi penerbangan Saudia SV842 yang mendarat pukul 4.15 pagi tadi.
Namun malangnya, suami beliau yang merupakan warganegara Sudan, Ashraf Gasim Elsimd, 54 masih terkandas di Port Sudan kerana tidak memiliki pas residen Arab Saudi.
“Dia (suami) kini berada di Port Sudan dan Alhamdulillah dalam keadaan selamat kerana telah keluar dari Khartoum yang masih tegang. Saya harap urusannya (untuk kembali ke Malaysia) dipermudahkan dan kami sekeluarga dapat bersatu semula,” katanya kepada media sejurus tiba di KLIA dan disambut pegawai Wisma Putra.
Pertempuran antara Angakatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) yang tercetus di Khartoum dan kawasan sekitar pada 15 April lepas telah mengorbankan lebih 500 orang, dengan lebih 5,000 cedera serta lebih 100,000 penduduk dipaksa melarikan diri ke negara jiran.
Junaidah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua petugas Kedutaan Besar Malaysia di Sudan, pegawai Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, kerajaan Arab Saudi, Kedutaan Besar Pakistan di Sudan serta semua pihak yang membantu membawa beliau dan anak-anak agar selamat keluar dari Khartoum.
Berkongsi pengalaman di Sudan, anak kelahiran Jeram, Selangor itu berkata sebelum pertempuran berlaku pada 15 April lepas, suaminya mengambil anak-anak dari sekolah dan menyatakan peperangan akan berlaku.
“Masa itu saya merasakan ia adalah perkara biasa kerana memang biasa berlaku demonstrasi di Sudan. Tetapi pada hari kedua (16 April) ketika bangun untuk solat Subuh kedengaran bunyi tembakan dan tembakan dari kereta kebal sehingga rumah kami bergegar malah peluru-peluru mula memasuki kediaman,” kata ibu kepada empat anak itu.
Junaidah berkata selepas itu situasi kian meruncing sehingga bekalan elektrik terputus, barang keperluan terutama air minum tiada lagi dijual sehingga orang awam kini mengambil kesempatan untuk memecah masuk rumah dan kedai mencuri harta dan makanan.
“COVID-19 lebih baik dari peperangan kerana peperangan ini antara hidup dan mati. Kalau sakit tidak boleh ke hospital kerana semuanya telah ditawan tentera untuk dijadikan markas. Bangunan am lain seperti sekolah juga dijadikan penempatan tentera. Kalau nak keluar beli makanan, ada sekatan askar dan mereka suruh patah balik kalau tak dengar cakap, akan kena tembak,” katanya.
Junaidah berkata selepas enam hari beliau mendapat maklumat dari kakaknya di Malaysia menyatakan Wisma Putra menjalankan proses evakuasi rakyat Malaysia keluar dari Sudan, namun sudah terlambat kerana namanya tidak dipanggil kerana tidak berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum.
“Oleh itu anak saya yang berada di Malaysia, Ahmad Ashraf, 25 memaklumkan kepada Wisma Putra dan kemudian diberi nombor telefon untuk dihubungi di Sudan. Selepas Kedutaan Besar Malaysia di Sudan menjawab e-mel saya. Kebetulan saya memang kena balik Malaysia pada September sebab pasport perlu diperbaharui,” katanya.
Selepas itu, beliau berkata Wisma Putra memaklumkan untuk pergi ke Port Sudan namun perjalanan itu mendebarkan kerana setiap 10 minit ada sekatan jalan oleh tentera namun perjalanan itu dipermudahkan dengan penyediaan dokumen-dokumen.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager