Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman (tengah) beramah mesra bersama bakal jemaah haji selepas menyempurnakan perasmian penutup Kursus Perdana Haji, di Masjid Sayyidina Abu Bakar, Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) di Durian Tunggal di sini lewat malam tadi. –fotoBERNAMA
ALOR GAJAH: Seramai 683 daripada 1,000 bakal jemaah haji dari Melaka telah mengesahkan menerima tawaran untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu, tahun ini.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata mereka antara jemaah kumpulan pertama yang dijadual berangkat ke tanah suci pada 21 Mei.
“Kita jangka jumlah itu akan bertambah dari semasa ke semasa hingga penerbangan terakhir ke tanah suci bagi musim haji tahun ini.”
“Sudah tentu jemaah haji yang terpilih telah bersedia sepenuhnya dengan melakukan persiapan untuk menjadi Dhuyufurrahman dan saya ingin menasihatkan kepada jemaah supaya menjaga kesihatan terutamanya dalam cuaca yang agak panas ketika ini,” katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.
Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Penutup Kursus Perdana Haji Musim Haji 1444 Hijrah di Masjid Sayyidina Abu Bakar Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) di Durian Tunggal di sini.
Rahmad berkata jemaah Malaysia dikenali sebagai jemaah yang berilmu dan berdisiplin semasa berada di tanah suci, justeru diharapkan imej tersebut dapat dikekalkan pada tahun ini dan tahun mendatang.
“Diharapkan semua jemaah dapat membuat persiapan sebaiknya dan saya mendoakan mereka mendapat haji yang mabrur,” katanya.
Sementara itu, bakal jemaah haji, Tijah Nduk, 75, berkata dia bersyukur kerana berpeluang untuk menunaikan ibadah haji bersama suaminya buat kali pertama tahun ini.
Katanya perasaan terharu dan gembira bercampur baur memandangkan sebelum ini namanya dalam senarai menunggu untuk menunaikan ibadah haji pada 2020, tetapi tertangguh akibat pandemik COVID-19.
“Memang saya teringin sangat untuk ke tanah suci bagi melaksanakan ibadah haji dan selalu berdoa moga Allah SWT berikan kesihatan yang baik kepada kami untuk menyempurnakan kewajipan ini,” katanya.
Bagi Noor Nazzuha Nabiha Mohd Nazri, 18, terpilih untuk ke tanah suci bersama ibu dan bapanya untuk menunaikan haji sangat menggembirakan.
“Alhamdulillah rasa syukur sangat, sekurang-kurangnya saya dapat juga teman dan bantu ibu yang ada sedikit masalah kesihatan kerana pernah mengalami angin ahmar lebih tujuh tahun lepas, tetapi semakin pulih,” katanya yang memiliki akaun di Tabung Haji sejak berumur tujuh tahun.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked