Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ULAMA KEDAH TUAN GURU HAJI AWANG LANAI MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

ULAMA KEDAH TUAN GURU HAJI AWANG LANAI MENINGGAL DUNIA

Ulama Kedah, Abdul Wahab Hassan atau lebih dikenali sebagai Tuan Guru Haji Awang Lanai meninggal dunia pada usia 86 tahun di rumahnya di Parit Panjang dekat sini, kira-kira 3 petang tadi.

BALING: Ulama Kedah, Abdul Wahab Hassan atau lebih dikenali sebagai Tuan Guru Haji Awang Lanai meninggal dunia pada usia 86 tahun di rumahnya di Parit Panjang dekat sini, kira-kira 3 petang tadi.

 Hal itu dimaklumkan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Ahmad Yahya menerusi hantaran di Facebook.

“Telah kembali ke rahmatullah Tuan Guru Haji Awang Lanai sebentar tadi…semoga ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh…Al-Fatihah,” katanya.

Menurut perkongsian itu, Allahyarham dilahirkan di Kampung Tupai, Sik, dan merupakan cahaya mata kepada pasangan Haji Hassan Saman dan Hajah Siti Halimah Mat Thoha.

Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Melayu Kampong Tupai sebelum menuntut ilmu agama di sekolah-sekolah pondok. 

Beliau telah membuka sekolah pondok Madrasah Tahzib an-Nufus pada 1988. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading