Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ANWAR NAFI TERDAPAT RANCANGAN ROMBAKAN KABINET

DALAM NEGARA

ANWAR NAFI TERDAPAT RANCANGAN ROMBAKAN KABINET

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan kerajaan akan melakukan rombakan Jemaah Menteri tidak lama lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Pelancaran Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) 2024, hari ini. – Bernama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan kerajaan akan melakukan rombakan Jemaah Menteri tidak lama lagi.

Anwar berkata beliau tidak mengetahui dan mendengar sama sekali berhubung perancangan rombakan Kabinet itu.

“Itulah, (saya) baru sahaja diberitahu. Saya tak dengar lagi…siapa yang nak tolong rombak (Kabinet)? Ini serius ni. Saya belum lagi mendengar mengenainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Anwar mengulas mengenai dakwaan sebuah portal berita hari ini yang melaporkan kemungkinan rombakan Kabinet akan berlaku sekali lagi, kurang setahun selepas rombakan terakhir kepimpinan kerajaan.

Ditanya sama ada seorang menteri besar akan dilantik mengisi Kabinet menteri nanti seperti yang dilaporkan portal tersebut, beliau berkata perkara itu mungkin berlaku selepas pilihan raya umum (PRU).

“Lepas pilihan raya, Insya-Allah,” katanya.

Kali terakhir Jemaah Menteri dirombak pada Disember tahun lalu dan dibesarkan daripada 29 menteri kepada 31 menteri.

Kali terakhir Jemaah Menteri dirombak adalah pada Disember tahun lalu, apabila bilangan menteri ditambah daripada 29 kepada 31. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading