Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

UnIPSAS ANJUR PERSIDANGAN ANTARABANGSA PENDIDIKAN KONTEMPORARI DALAM DUNIA ISLAM

DALAM NEGARA

UnIPSAS ANJUR PERSIDANGAN ANTARABANGSA PENDIDIKAN KONTEMPORARI DALAM DUNIA ISLAM

Antara objektif penganjuran persidangan bertaraf antarabangsa itu adalah bagi meningkatkan kualiti pendidikan dunia Islam ke peringkat global, memperkasa peranan universiti awam dan swasta terhadap kemajuan masyarakat dan memperkukuhkan pendidikan vokasional dan teknikal dalam pembangunan masyarakat.

KUANTAN: Kira-kira 300 peserta dari dalam dan luar negara berhimpun di Kuantan, Pahang sempena Persidangan Antarabangsa Pendidikan Kontemporari Dalam Dunia Islam bermula 5 hingga 7 Mei.

Persidangan julung kali itu diadakan dengan sinergi antara kerajaan negeri Pahang, bersama Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS).

Ia turut mendapat kerjasama Yayasan Pahang, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Kesatuan Universiti-universiti Islam Sedunia (Rabitah al-Jamiat al-Islamiyyah).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan UnIPSAS, penganjuran bersama organisasi peringkat antarabangsa itu bakal melonjakkan keberadaan UnIPSAS, Yayasan Pahang dan MUIP melalui medium pendidikan dan penyelidikan.

“Persidangan ini dilaksanakan bertujuan untuk menyediakan satu dimensi baru perbincangan ilmu dalam bidang-bidang ilmu terutama bidang pendidikan.”

Memetik kenyataan itu lagi, pelbagai tema bersifat holistik dan integratif dibuka untuk dibincangkan agar mampu memberi kesan positif kepada usaha pembangunan Islam dan akademik ummah.

Antara objektif penganjuran persidangan bertaraf antarabangsa itu adalah bagi meningkatkan kualiti pendidikan dunia Islam ke peringkat global, memperkasa peranan universiti awam dan swasta terhadap kemajuan masyarakat dan memperkukuhkan pendidikan vokasional dan teknikal dalam pembangunan masyarakat.

Selain itu, ia juga bermatlamat mewujudkan persekitaran kompetitif dalam kalangan sektor pendidikan dunia Islam, serta menjana idea ke arah merangka dasar sistem pendidikan baharu dan maju untuk masa depan yang lebih baik bagi negara membangun.

Persidangan antarabangsa itu berlangsung di Hotel Grand Darulmakmur, Kuantan.

Mana-mana pihak yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang persidangan antarabangsa itu boleh menghubungi talian 09-5535555 atau e-mel ke rabitaconference@unipsas.edu.my.

UnIPSAS yang sebelum ini dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) ditubuhkan pada 1996 – antara institusi pendidikan terpenting dalam memacu kecemerlangan pendidikan tinggi Islam di Pahang.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading