USAHA GENCATAN SENJATA GAZA BERTERUSAN, PETANDA POSITIF BAGI RUNDINGAN FASA KE-2 – HAMAS
Menurut jurucakap Hamas, delegasi kepimpinan Hamas yang berada di Kaherah sejak Jumaat sedang membincangkan mekanisme pelaksanaan rundingan fasa kedua, memastikan komitmen Israel terhadapnya serta pelaksanaan keputusan Sidang Kemuncak Arab.
GAZA CITY: Kumpulan pejuang Palestin, Hamas, pada Sabtu mengesahkan bahawa usaha pengantaraan yang diketuai Mesir dan Qatar masih diteruskan bagi memuktamadkan pelaksanaan perjanjian gencatan senjata dengan Israel serta memulakan rundingan fasa kedua.
“Para pengantara dari Mesir dan Qatar terus berusaha memastikan pelaksanaan penuh perjanjian gencatan senjata dan memulakan rundingan fasa kedua, dengan petanda positif mula kelihatan,” lapor Anadolu Ajansi memetik kenyataan jurucakap Hamas, Abdel Latif al-Qanou.
“Kami menegaskan kesediaan untuk terlibat dalam rundingan fasa kedua dengan cara yang memenuhi tuntutan rakyat kami, dan kami menyeru supaya usaha dipergiat bagi menyalurkan bantuan kepada Gaza serta menamatkan kepungan ke atas rakyat kami yang menderita,” kata al-Qanou.
Beliau berkata delegasi kepimpinan Hamas yang berada di Kaherah sejak semalam (Jumaat) sedang membincangkan mekanisme pelaksanaan rundingan fasa kedua, memastikan komitmen Israel terhadapnya serta pelaksanaan keputusan Sidang Kemuncak Arab.
Pada Selasa, Sidang Kemuncak tergempar Arab mengenai Palestin di Kaherah dalam kenyataan akhirnya menegaskan bahawa pelaksanaan penuh perjanjian gencatan senjata adalah keutamaan tertinggi. Sidang itu menekankan bahawa ia perlu membawa kepada penamatan sepenuhnya serangan terhadap Gaza dan pengunduran total Israel dari wilayah tersebut.
Sidang kemuncak itu turut menerima pakai pelan lima tahun untuk pembinaan semula Gaza, memastikan tiada pemindahan penduduk Palestin, dengan peruntukan bajet US$53 bilion.
Bagaimanapun, Israel dan Amerika Syarikat (AS) menolak rancangan itu serta bertegas dengan kerangka yang dicadangkan oleh Presiden AS Donald Trump.
Perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan telah dikuatkuasakan di Gaza sejak 19 Jan, menghentikan perang ganas Israel yang telah meragut lebih 48,400 nyawa rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta menyebabkan wilayah itu musnah teruk.
Mahkamah Jenayah Antarabangsa telah mengeluarkan waran tangkap pada November terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests