USTAZ, TIGA WARDEN PUSAT PEMULIHAN DADAH DIREMAN SEMINGGU BERHUBUNG KES BUNUH
IPOH: Seorang ustaz dan tiga warden yang ditahan berhubung kematian seorang penghuni sebuah pusat pemulihan dadah di Padang Rengas, Kuala Kangsar akibat kecederaan parah selepas mengamuk pada Rabu, direman seminggu.
IPOH: Seorang ustaz dan tiga warden yang ditahan berhubung kematian seorang penghuni sebuah pusat pemulihan dadah di Padang Rengas, Kuala Kangsar akibat kecederaan parah selepas mengamuk pada Rabu, direman seminggu.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Omar Bakhtiar Yaacob berkata permohonan tempoh reman ke atas keempat-empat lelaki berusia lingkungan 20-an itu, dibuat di Mahkamah Majistret Taiping hari ini bagi membantu siasatan lanjut.
“Mereka direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Jumaat depan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Semalam, polis menahan empat lelaki itu bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Pada Rabu, polis menerima laporan mengenai kematian lelaki berusia 25 tahun yang beralamat di Shah Alam, Selangor itu daripada doktor bertugas di Hospital Kuala Kangsar yang menerima pesakit tidak menyedarkan diri di dalam sebuah kereta pada kira-kira pukul 8.10 malam.
Pesakit yang dibawa oleh seorang ustaz dan tiga orang warden daripada pusat pemulihan itu kemudian dibawa ke wad kecemasan bagi ujian COVID-19 dan Xray keseluruhan tubuh mangsa kerana terdapat kesan luka di bahagian dahi serta kesan lebam di bahagian muka, mata kiri, dada, kedua-dua belah kaki dan tangan mangsa.
Sebelum itu, mangsa dilaporkan bercakap seorang diri dan cuba melarikan diri beberapa kali namun berjaya ditangkap selain dikatakan bertindak cuba mencederakan salah seorang warden dengan menggunakan sebilah pisau lalu mengamuk pada tengah hari.
Mangsa berjaya ditangkap dan ditenangkan selepas berlaku pergelutan dengan cara warden beberapa kali menumbuk pada bahagian badan mangsa namun pada pukul 4.45 petang, mangsa cuba melarikan diri sekali lagi dan terjun dari tangga tingkat satu bangunan yang berketinggian kira-kira lapan meter.
Selepas berjaya ditangkap semula, mangsa diikat kaki dan tangan menggunakan kain lalu ditempatkan di dalam bilik tetamu namun mangsa beberapa kali menghentak kepalanya di lantai dan dinding sehingga luka serta berdarah sebelum warden mendapati mangsa tidak menyedarkan diri pada 7.45 malam dan membawanya ke hospital.
Bedah siasat yang dijalankan di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar semalam mendapati punca kematian adalah kecederaan parah pada bahagian dada serta otot-otot dan tisu badan disebabkan trauma tumpul. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked