PELUK ISLAM EMPAT TAHUN LALU, QASEH QHATIJAH KINI JOHAN HAFAZAN

Qaseh Qhatijah Tan (dua dari kanan) menerima replika cek hadiah yang dimenanginya.

BESUT: Seorang mualaf Qaseh Qhatijah Tan, 28, yang baru memeluk Islam empat tahun lalu berjaya muncul johan hafazan al-Quran kategori wanita sempena Mahrajan Amal Islami Mualaf Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M di sini, semalam.

Dengan kemenangan itu, Qaseh Qhatijah membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000 tajaan Lembaga Tabung Haji.

Berkongsi kisah penghijrahannya kepada Harian Metro, Qaseh Qhatijah berkata dia terdetik untuk memeluk Islam pada 2017 kerana sering bergaul dengan rakan beragama Islam ketika masih belajar.

Wanita berasal dari Sabah itu berkata dia sering melihat rakan-rakannya yang beragama Islam mengaji dan hatinya tenang mendengar orang berselawat dan membaca al-quran.

Kejohanan Mahrajan Amal Islami Mualaf Peringkat Kebangsaan 1444H semalam berlangsung  di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Besut.

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan majlis penutupan kejohanan itu yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Idris ketika ditemui media berkata kejohanan seperti itu berupaya membantu saudara-saudara baru untuk menghayati dan mendalami pendidikan Islam. – AlHijrah Online

Leave a Reply