Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SRI MUDA BANJIR LAGI

DALAM NEGARA

SRI MUDA BANJIR LAGI

Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menggerakkan beberapa aset termasuk bot ke kawasan tersebut.

SHAH ALAM: Hujan lebat petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Taman Sri Muda dilanda banjir kilat.

Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menggerakkan beberapa aset termasuk bot ke kawasan tersebut.

@beritaalhijrah114

Hujan lebat petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Taman Sri Muda dilanda banjir kilat. Sumber video: Orang awam #beritaalhijrah #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #hujan #hujanlebat #banjir #banjirkilat #srimuda #tamansrimuda #shahalam

♬ original sound – Berita Alhijrah – Berita AlHijrah

Berdasarkan laman web Info Awam Jabatan Pengairan dan Saliran Banjir, dua sungai di Selangor telah mencapai tahap “berbahaya” iaitu Sungai Raya, Batu 9 dan Sungai Balak, Kampung Baru Balakong yang berada di bawah daerah Hulu Langat.

Sementara itu Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan bahawa pintu air telah dibuka bagi mempercepatkan proses air surut.

“Kerajaan Negeri memantau rapat situasi terkini berhubung paras air di beberapa sungai utama serta kadar taburan hujan semasa di Selangor.

“Semua agensi berkaitan telah dalam keadaan bersiap sedia,” katanya menerusi ciapan di Twitter beliau, hari ini.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading