HUJAN LEBAT DI MAKKAH, BEBERAPA KAWASAN DINAIKI AIR

Sumber Gambar: Twitter

MAKKAH: 16 kawasan di Makkah Al Mukarramah dilanda hujan lebat sehingga menyebabkan kediaman dan jalan raya dinaiki air sejak semalam, lapor Pertahanan Awam Arab Saudi.

Menurut Pusat Meteorologi Kebangsaan, hujan dijangka berterusan sehingga esok.

Diramalkan hujan turun pada skala sederhana hingga lebat di sekitar wilayah Makkah Al-Mukarramah, termasuk Taif, Adham, Al-Aridiyat, Bani Yazid, Qia dan Maysan.

Dalam pada itu, pihak berkuasa meningkatkan tahap amaran dan menyeru pengguna jalan raya supaya berhati-hati dalam situasi jarak penglihatan yang terbatas.

Orang ramai turut dinasihatkan agar berwaspada dan menjauhi kawasan lembah, sungai, empangan dan kolam air serta mematuhi arahan yang ditetapkan.

Terdahulu, tular di media sosial video memaparkan hujan lebat melanda Masjidil Haram Mekah ketika para jemaah sedang melakukan tawaf.–AlHijrah Online

Leave a Reply