Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS TAHAN LELAKI, BANTU SIASAT KES UGUT KETUA HAKIM NEGARA

DALAM NEGARA

POLIS TAHAN LELAKI, BANTU SIASAT KES UGUT KETUA HAKIM NEGARA

Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman ACP A.Skandaguru berkata polis menerima laporan mengenai ancaman dan ugutan itu yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook ‘Apiez Bond’.

Gambar fail

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes ancaman dan ugutan di media sosial ke atas Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, semalam.

Lelaki berusia 30 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Puchong pada 11.15 malam.

Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman ACP A.Skandaguru berkata polis menerima laporan mengenai ancaman dan ugutan itu yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook ‘Apiez Bond’.

Beliau berkata polis juga merampas satu unit telefon bimbit berserta kad sim dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran ugutan itu.

“Suspek telah direman selama empat hari mulai hari ini sehingga Selasa untuk siasatan lanjut dan siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Skandaguru berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah.

Katanya, siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Beliau berkata polis memandang serius perkara terbabit dan tidak bertolak ansur dengan sebarang tindakan membabitkan isu salah laku jenayah dan ketenteraman awam selain tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil.

Ancaman terhadap Tengku Maimun dikesan dalam pelbagai medium laman sosial, termasuk aplikasi Twitter dan Facebook sejak tengah malam tadi.–AlHijrahOnline


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading