Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MENANG PINGAT ANTARABANGSA WALAUPUN BERHIJAB, ATLET KELAHIRAN PERAK INI WAJAR DICONTOHI

DALAM NEGARA

MENANG PINGAT ANTARABANGSA WALAUPUN BERHIJAB, ATLET KELAHIRAN PERAK INI WAJAR DICONTOHI

Beraksi dengan menutup aurat, Alyaa membuktikan bahawa mematuhi syariah tidak menjadi penghalang untuk memperoleh pencapaian cemerlang di arena sukan.

Alyaa Addini dan Ahmad Azriq raih pingat perak pada Kejohanan Dunia Bawah-21 Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) Helsingborg, Sweden.

KUALA LUMPUR: Seorang atlet boling negara, Alyaa Addini Zulamri berjaya meraih pingat perak pada Kejohanan Dunia Bawah-21 Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) Helsingborg, Sweden, pada 29 Jun lalu.

Beraksi dengan menutup aurat, Alyaa membuktikan bahawa mematuhi syariah tidak menjadi penghalang untuk memperoleh pencapaian cemerlang di arena sukan.

Dalam kejohanan tersebut, Alya membawa pulang pingat perak selepas tumpas di tangan pemain Singapura, Colleen Pee.

Anak kelahiran Perak ini wajar diberi penghormatan oleh semua pihak khasnya umat Islam di Malaysia yang prihatin dan mahu membuktikan bahawa Islam adalah suatu cara hidup yang sempurna.

Justeru, para penaja sama ada syarikat korporat atau pun syarikat berkaitan kerajaan (GLC) khususnya yang menjuarai pematuhan syariah diseru agar segera meraikan dan memberi galakan pada atlet muda ini.

Tahniah Alyaa. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading