Tag Archives: mualaf

WANITA GAGAL DAPAT KEBENARAN MAHKAMAH BATAL NAMA SEBAGAI MUALAF

KUALA LUMPUR: Seorang wanita dari Sarawak hari ini gagal mendapatkan kebenaran Mahkamah Tinggi di sini bagi memulakan semakan kehakiman untuk meminta Pendaftar Mualaf Wilayah Persekutuan membatalkan namanya daripada Daftar Mualaf.

Read more

BULAN MENYANTUNI MUALAF: SEBAR KEINDAHAN, PENJELASAN TENTANG ISLAM

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menganjurkan Bulan Menyantuni Mualaf 2023 bermula 1 Julai 2023 hingga 31 Julai 2023. Program itu bertujuan untuk menyebarkan keindahan ajaran Islam serta memberikan penjelasan dan kefahaman kepada mualaf tentang syariat Islam. Selain itu JAWI berkata program itu juga menyantuni mualaf dengan pelbagai aktiviti pengimarahan masjid,

Read more

ISLAM TIDAK MENGHALANG HUBUNGAN MUALAF DENGAN KELUARGA BUKAN ISLAM

KUALA LUMPUR: Keputusan mualaf memeluk Islam tidak sepatutnya menjadi titik perpisahan dengan keluarga bukan Islam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, Islam tidak menghalang saudara baru untuk terus menjaga hubungan kekeluargaan dan bersillaturrahim dengan keluarganya yang bukan Islam. “Malah di dalam ajaran Islam, memerintahkan seorang muslim untuk tetap menyantuni serta berbakti kepada

Read more

MENTERI AGAMA PIMPIN TUJUH INDIVIDU LAFAZ SYAHADAH

KUALA LUMPUR: Perasaan hiba bercampur gembira dirasai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar selepas beliau memimpin tujuh individu memeluk Islam. Menurut Mohd Na’im, beliau semalam telah diundang Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) untuk memimpin syahadah tujuh orang saudara baharu yang memeluk Islam di Masjid Negara selepas solat Zohor. “Alhamdulillah, telah dikurnia nikmat iman

Read more

KES TUKAR AGAMA: BAPA TIGA ANAK DIDENDA KERANA HINA MAHKAMAH

KUALA LUMPUR: Seorang bapa yang didakwa melarikan tiga anaknya dan mendaftarkan mereka sebagai mualaf tanpa kebenaran bekas isterinya, didenda RM20,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana menghina mahkamah. Hakim Evrol Mariette Peters menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Nagahswaran Muniandy, bekas suami Loh Siew Hong, dan memerintahkannya membayar denda dalam tempoh 14 hari, jika tidak dia akan dipenjarakan selama 14 hari mulai hari ini. Hakim

Read more

TERTARIK DENGAN AKHLAK ISLAM, PARAMESWARAN LAFAZ KALIMAH SYAHADAH

“Agama Islam ini adalah agama yang indah, agama yang mengajar perkara positif, semua perkara yang baik dan yang paling penting kenapa saya memeluk agama Islam ialah sebab akhlak.”

Read more

PELUK ISLAM EMPAT TAHUN LALU, QASEH QHATIJAH KINI JOHAN HAFAZAN

BESUT: Seorang mualaf Qaseh Qhatijah Tan, 28, yang baru memeluk Islam empat tahun lalu berjaya muncul johan hafazan al-Quran kategori wanita sempena Mahrajan Amal Islami Mualaf Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M di sini, semalam.

Read more

ANUGERAH KHAS MA‘AL HIJRAH KATEGORI PENDAKWAH MUALAF DIPERKENALKAN

KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya Anugerah Khas Ma‘al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan akan memperkenalkan kategori pendakwah mualaf. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kategori baharu yang diperkenalkan pada tahun ini bagi memberikan penghargaan dan dorongan terhadap kegigihan saudara muslim mendalami ajaran Islam agar menjadi contoh dan pembimbing kepada saudara muslim yang lain. Dalam pada itu

Read more

LAPORAN MEDIA “NAMA ISLAM MESTI MENDAHULUI SEBELUM NAMA ASAL MUALAF” ADALAH BERCANGGAH

KUALA LUMPUIR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan laporan dua media tempatan bertajuk “Nama Islam Mesti Mendahului Sebelum Nama Asal Mualaf – JAKIM” pada 29 Mac 2022 adalah tidak tepat.

Read more
« Older Entries