WANITA GAGAL DAPAT KEBENARAN MAHKAMAH BATAL NAMA SEBAGAI MUALAF
KUALA LUMPUR: Seorang wanita dari Sarawak hari ini gagal mendapatkan kebenaran Mahkamah Tinggi di sini bagi memulakan semakan kehakiman untuk meminta Pendaftar Mualaf Wilayah Persekutuan membatalkan namanya daripada Daftar Mualaf.
KUALA LUMPUR: Seorang wanita dari Sarawak hari ini gagal mendapatkan kebenaran Mahkamah Tinggi di sini bagi memulakan semakan kehakiman untuk meminta Pendaftar Mualaf Wilayah Persekutuan membatalkan namanya daripada Daftar Mualaf.
Peguam Persekutuan Mohammad Sallehuddin Md Ali berkata ini kerana Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid membenarkan bantahan awal Jabatan Peguam Negara (AGC) terhadap permohonan yang difailkan wanita berusia 26 tahun itu.
“Mahkamah menolak permohonan pemohon (wanita berkenaan) atas alasan antaranya permohonan tersebut tidak tertakluk kepada semakan kehakiman berdasarkan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.
“Hanya Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan tersebut. Permohonan pemohon ditolak dengan kos RM3,000,” kata Mohammad Sallehudin ketika dihubungi selepas prosiding kes secara dalam talian hari ini.
Prosiding itu turut disertai peguam Iqbal Harith Liang, yang mewakili wanita berkenaan.
Wanita itu memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 20 April lepas dengan menamakan Pendaftar Mualaf Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.
Pemohon yang dilahirkan pada 9 Julai 1997 dan ibu serta bapanya beragama Kristian, memohon pengisytiharan bahawa Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) memberikan bidang kuasa kepada responden pertama (Pendaftar Mualaf) untuk mengisytiharkan bahawa seseorang itu bukan lagi beragama Islam.
Wanita itu juga memohon responden pertama mempertimbangkan permohonan supaya namanya dibatalkan daripada Daftar Mualaf dan membuat keputusan serta-merta serta memohon pengisytiharan bahawa penolakan atau kelewatan responden pertama memutuskan permohonan pemohon dalam surat bertarikh 30 Jan, 20 Feb dan 17 Mac 2023 adalah tidak rasional dan tidak munasabah.
Dalam afidavit sokongannya, wanita itu berkata pada awal 2017, pemohon bertemu seorang lelaki Melayu beragama Islam yang mempelawanya untuk berkahwin dan bagi membolehkan perkahwinan mereka dari sudut pentadbiran, beliau memeluk agama Islam pada 18 Ogos 2017 dan didaftarkan sebagai mualaf oleh responden pertama.
Bagaimanapun, pada 27 Jan tahun lepas, pemohon telah berikrar dalam afidavit bahawa beliau mahu keluar daripada agama Islam dan kembali menganut Kristian.
Pada 30 Jan, 20 Feb dan 17 Mac 2023, pemohon melalui peguamnya telah mengeluarkan surat kepada responden pertama untuk memohon namanya dibatalkan daripada Daftar Mualaf dan pada tarikh pemfailan permohonan itu, responden pertama belum memberikan sebarang keputusan berhubung permohonannya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests