Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMPUH ANGGOTA JPJ: PENUNGGANG MOTOSIKAL DIDENDA RM 5,000

DALAM NEGARA

REMPUH ANGGOTA JPJ: PENUNGGANG MOTOSIKAL DIDENDA RM 5,000

Seorang penunggang motosikal yang merempuh anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika sekatan jalan raya (SJR) di Port Dickson, Ahad lalu, dijatuhkan hukuman denda RM 5,000, atau penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.

PORT DICKSON: Seorang penunggang motosikal yang merempuh anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika sekatan jalan raya (SJR) di Port Dickson, Ahad lalu, dijatuhkan hukuman denda RM 5,000, atau penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.

Majistret Mahkamah Majistret Port Dickson, Uthman Abd. Ghani menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Nor Khairul Azwa Azizi, 25, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja telah menghalang tugas penjawat awam, iaitu anggota penguatkuasa JPJ, Mohd Nurhakim Mohd Razif, daripada menjalankan tugas di lokasi kejadian.

Tertuduh yang juga bekas pengawal keselamatan itu didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 17 September lalu, kira-kira jam 11.00 pagi, di kilometer 28 Lebuhraya Seremban-Port Dickson.

Berikutan itu, tertuduh dihukum di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Video kejadian rempuhan itu sebelum ini turut tular di media sosial dan akibat kejadian anggota terlibat terpaksa dibawa ke Hospital Port Dickson untuk mendapat rawatan sebagai pesakit luar.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed memaklumkan, tertuduh turut mempunyai lapan rekod membabitkan dadah dan jenayah, selain tidak mempunyai lesen memandu, serta cukai jalan tamat tempoh sejak 2012. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading