Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar bergambar dengan tujuh saudara baharu selepas memimpin syahadah di Masjid Negara.
KUALA LUMPUR: Keputusan mualaf memeluk Islam tidak sepatutnya menjadi titik perpisahan dengan keluarga bukan Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, Islam tidak menghalang saudara baru untuk terus menjaga hubungan kekeluargaan dan bersillaturrahim dengan keluarganya yang bukan Islam.
“Malah di dalam ajaran Islam, memerintahkan seorang muslim untuk tetap menyantuni serta berbakti kepada ibu bapa dan keluarganya yang bukan Islam. Inilah akhlak Islam,” katanya selepas memimpin syahadah tujuh orang saudara baharu yang memeluk Islam di Masjid Negara semalam.
Beliau ketika itu kebetulan hadir di Masjid Negara bagi menunaikan solat fardhu Zohor telah diminta oleh penganjur untuk turut hadir bagi memeriahkan program yang dikendalikan oleh Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).
Mohd Na’im turut memaklumkan selain bantuan kewangan dan kelas bimbingan, agensi agama dibawahnya turut memberikan sokongan moral buat saudara baru dari masa ke semasa seperti adab menjaga hubungan silaturahim bersama keluarga.
Ia bagi memastikan hubungan saudara baru ini bersama keluarga mereka yang bukan Islam terus terpelihara dan harmoni.
Ujarnya saudara baru akan terus disantuni dengan penuh rahmah khususnya mempersiapkan diri dengan ilmu agama secukupnya termasuk juga aspek kebajikan.
““Ilmu adalah perkara penting dalam mengamalkan kehidupan beragama, oleh yang demikian saudara baru tidak akan dibiarkan keseorangan, pihak berkuasa agama seperti Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam PERKIM, akan sentiasa memberikan bimbingan dan bantuan kepada yang memerlukan,” katanya.
Beliau memaklumkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menyediakan kelas pengajian secara formal di Kompleks Darul Hidayah (KDH) yang diuruskan sepenuhnya oleh JAWI.
Tempoh pengajian selama satu tahun enam bulan berdasarkan 3 tahap pengajian iaitu peringkat asas, pertengahan dan lanjutan.
Mualaf yang berkelayakan boleh memohon untuk tinggal di asrama KDH tanpa dikenakan sebarang bayaran dengan makan dan minum mualaf disediakan secara percuma sepanjang penginapan dan pengajian di KDH.
Mereka turut diberikan elaun sebanyak RM 50.00 bagi setiap kelas yang dihadiri dan kelas diadakan 5 hari seminggu. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests