Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WABAK MPOX: KKM AKTIFKAN BILIK GERAKAN KHAS, ELAK PENULARAN DALAM NEGARA

DALAM NEGARA

WABAK MPOX: KKM AKTIFKAN BILIK GERAKAN KHAS, ELAK PENULARAN DALAM NEGARA

Sebagai persediaan, sebanyak 13 makmal di seluruh negara mampu menjalankan ujian pengesanan wabak MPOX, selain kolaborasi bersama negara-negara Asean dan pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) dalam aspek perkongsian maklumat dan perolehan vaksin serta ubat antiviral.

Foto: Arkib

DUNGUN: Bilik Gerakan khusus bagi wabak cacar monyet (MPOX) telah diaktifkan di Pusat kesiapsiagaan dan tindak cepat krisis (CPRC) Kebangsaan bagi memantau dan mengawal penularan wabak itu ke negara ini, bermula 16 Ogos lepas.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefky Ahmad berkata, pihaknya sentiasa memantau perkembangan wabak itu dengan aktif selain turut melaksanakan saringan suhu di semua pintu masuk negara.

“Kita sememangnya sentiasa memantau perkembangan wabak tersebut secara aktif. Selain itu kita juga melaksanakan saringan suhu di semua pintu masuk negara. Sebenarnya saringan suhu ini memang kita telah laksanakan sejak penularan COVID-19 lagi dan diteruskan dari masa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan majlis penyerahan projek hospital Dungun, klinik kesihatan Kota Putera dan klinik kesihatan Paya Datu di lobi Hospital Dungun, pagi tadi.

Datuk Seri Dr Dzulkefly berkata sejak 16 Ogos hingga Khamis lalu, sebanyak 1.8 juta pengembara telah disaring suhu di pintu-pintu masuk negara sebagai langkah pencegahan penularan wabak itu.

Selain itu katanya, sebagai persediaan, sebanyak 13 makmal di seluruh negara mampu menjalankan ujian pengesanan wabak MPOX, selain kolaborasi bersama negara-negara Asean dan pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) dalam aspek perkongsian maklumat dan perolehan vaksin serta ubat antiviral.

Meskipun tiada kes baharu MPOX direkodkan sejak November 2023, namun orang ramai diingatkan supaya sentiasa berjaga-jaga dengan ancaman wabak itu.

WHO sebelum ini mengisytiharkan MPOX sebagai kecemasan kesihatan awam global buat kali kedua dalam tempoh dua tahun berikutan wabak jangkitan virus itu di Congo yang telah merebak ke negara jiran – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading