TANAH JERLUS: DUA LAGI LURANG KUMBAHAN DALAM TINDAKAN UNTUK DIPERIKSA – DR ZALIHA
Empat lurang kumbahan sudah selesai diperiksa Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) iaitu Wisma Yakin, Jalan Melayu, persimpangan Jalan Melayu dan Bank Pertanian berhampiran Lebih Pasar.
KUALA LUMPUR: Operasi pencarian mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India kini difokuskan di dua lagi lurang kumbahan terakhir yang berada dalam jajaran menghala ke loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan Dr Zaliha Mustafa berkata dua lurang kumbahan berkenaan ialah di Dataran Merdeka dan Bulatan Kinabalu.
Setakat ini, beliau berkata empat lurang kumbahan sudah selesai diperiksa Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) iaitu Wisma Yakin, Jalan Melayu, persimpangan Jalan Melayu dan Bank Pertanian berhampiran Lebih Pasar.
“Kita akan teruskan pencarian dengan pihak yang bertanggungjawab sehingga ke IWK Pantai Dalam.
“Jika mangsa tidak ditemukan, kita akan bincang apakah tindakan seterusnya dan tentang berapa lama lagi operasi menyelamat akan berjalan, kita masih belum dapat pastikan,” katanya pada sidang media selepas melawat lokasi insiden di sini hari ini.
Zaliha berkata pihaknya juga akan meminta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memberikan kaunseling yang diperlukan bagi menjaga emosi ahli keluarga mangsa.
Mengulas tentang punca sebenar kejadian, Zaliha berkata perkara itu belum dapat dipastikan dan pihaknya masih menunggu laporan penuh daripada pihak bertanggungjawab yang dijangka diterima selepas selesai operasi.
“Bagi mengelakkan insiden tanah jerlus berulang, kita akan buat semula ‘mapping’ dan dapatan daripada semua pihak termasuk Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) untuk memastikan kawasan Kuala Lumpur terutamanya sekitar sini kekal selamat,” katanya.
Beliau juga menasihati orang ramai untuk mengelakkan berada di kawasan sekitar lokasi tanah jerlus ini sebagai langkah berjaga-jaga.
Terdahulu, Zaliha meninjau lokasi kejadian serta bertemu keluarga mangsa yang sudah berada di sana sejak 9 pagi.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Rozihan Anwar Mamat berkata seramai enam anggota Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat ditugaskan menjalankan operasi pencarian di enam lurang kumbahan yang terlibat sejak pagi tadi.
Beliau berkata anggota akan membuat pemeriksaan selama 20 minit bagi setiap kawasan lurang kumbahan itu kerana berhadapan dengan cabaran iaitu ruang sempit, arus deras dan keadaan udara yang berisiko.
“Pasukan skuba masuk ke dalam lurang dengan menggunakan kaedah ‘buddy’ iaitu antara dua atau tiga anggota dalam satu-satu masa. Ini kerana kawasan kumbahan ada gas dan memberikan risiko kepada anggota,” katanya.
Ketua Polis Daerah Dang Wang ACP Sulizmie Affendy Sulaiman pula berkata pihaknya tidak menghalang peniaga untuk meneruskan aktiviti perniagaan ketika operasi pencarian dilakukan di enam lurang kumbahan.
“Kita bukan arah untuk tutup sepenuhnya, apabila operasi pencarian (di lurang kumbahan) itu selesai, peniaga boleh meneruskan operasi mereka … kita tidak ganggu perniagaan mereka,” katanya.
Sejak 10.30 pagi tadi, pasukan penyelamat mula membuka enam lurang kumbahan sekitar lokasi operasi mencari dan menyelamat di hadapan Malayan Mansion, Jalan Masjid India di sini secara berperingkat bagi meluaskan kawasan pencarian.
Semalam, media melaporkan seorang pelancong dari India dikenali Vijayaletchumy, 48, terjerlus ke dalam lubang sedalam lapan meter pada kejadian 8.22 pagi – Alhijrah online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests