Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WAKTU OPERASI KEDAI MAKAN, RESTORAN DILANJUTKAN HINGGA 10 MALAM

DALAM NEGARA

WAKTU OPERASI KEDAI MAKAN, RESTORAN DILANJUTKAN HINGGA 10 MALAM

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh operasi kedai makan, restoran dan khidmat penghantaran sehingga 10 malam, bermula esok 22 Januari 2021.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan mengambil berat tentang keluhan orang ramai berhubung waktu operasi kedai makan yang singkat, untuk dilanjutkan.

“Ramai yang merungut mengenai pelaksanaan penutupan kedai makan yang ditetapkan pada pukul 8 malam.

“Ada juga yang tidak sempat untuk membeli makanan kerana pulang lewat dari tempat kerja dan dari pihak peniaga pula seperti penjual sate dan sebagainya, pengoperasian hanya bermula selepas waktu maghrib,” katanya dalam sidang media Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kerajaan turut melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) negeri Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Sabah, Melaka, WP Labuan, WP Putrajaya, WP Kuala Lumpur dan Johor sehingga 4 Februari 2021.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading