PKP DILANJUTKAN 4 FEBRUARI DI SEMBILAN BUAH NEGERI

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Sabah Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya serta WP Labuan akan dilanjutkan kepada 4 Februari 2021.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini disebabkan peningkatan kes positif COVID-19 selama 14 hari terakhir antara 7 Januari hingga 20 Januari.

Tambahnya, kebanyakan daerah di negeri-negeri tersebut juga diisytiharkan sebagai zon merah.

“Menurut saranan Kementerian Kesihatan (KKM), mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh PKP yang dilaksanakan di negeri tersebut hingga 4 Februari 2021,” katanya.

Terdahulu, Ismail Sabri telah mengumumkan pelaksanaan PKP di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perlis bermula 22 Januari ini.—AlHijrah Online

Leave a Reply