Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA INDONESIA JADI MANGSA SAMUN BERKUMPULAN, ENAM SUSPEK DIBERKAS

DALAM NEGARA

WANITA INDONESIA JADI MANGSA SAMUN BERKUMPULAN, ENAM SUSPEK DIBERKAS

Seorang wanita warga Indonesia menjadi mangsa samun dalam satu kejadian di lorong berhampiran Jalan Plumbum, Seksyen 7, di Shah Alam, awal pagi Isnin lalu.

Sumber: Media sosial

SHAH ALAM: Seorang wanita warga Indonesia menjadi mangsa samun dalam satu kejadian di lorong berhampiran Jalan Plumbum, Seksyen 7, di Shah Alam, awal pagi Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa yang bersendirian dilaporkan disamun sekumpulan lelaki tidak dikenali bersenjatakan pisau yang menaiki sebuah kenderaan jenis Perodua Axia berwarna merah.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Ramsay Embol berkata, pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian tersebut pada 16 Februari 2026 kira-kira jam 2.19 petang.

“Mangsa ketika itu sedang berjalan kaki untuk membuang sampah di kawasan lorong tempat tinggalnya sebelum didatangi suspek yang bertindak merampas beg tangan miliknya” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

“Sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam berjaya menahan lima lelaki dan seorang wanita tempatan pada hari sama kira-kira jam 9.00 malam.

“Kenderaan yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut turut dirampas bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Insp. Mohamad Sabri bin Abd Rani di talian 017-2892628 bagi membantu siasatan,” tambahnya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading