Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WARGA EMAS ORANG ASLI HILANG DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

WARGA EMAS ORANG ASLI HILANG DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA

Warga emas Orang Asli yang dilaporkan hilang di Kampung Chekai, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Betau, Kuala Lipis, kira-kira 230 kilometer dari sini, ditemukan meninggal dunia hari ini.

KUANTAN: Warga emas Orang Asli yang dilaporkan hilang di Kampung Chekai, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Betau, Kuala Lipis, kira-kira 230 kilometer dari sini, ditemukan meninggal dunia hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata mayat Bah Mail Pak Gendet, 76, ditemukan oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada 1.05 tengah hari kira-kira 10 kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK). 

“Mayat mangsa kini telah dibawa ke Hospital Lipis dan pengecaman dilakukan oleh anaknya berdasarkan cincin, parang, serangkai kunci dan pakaiannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi SAR yang memasuki hari ke-10 itu disertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung ditamatkan pada 6 petang. 

Sebelum ini, Bah Mail dilaporkan hilang selepas keluar rumah sekitar 8 pagi, 9 Julai lepas.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading