PM BERTEMU ANAK MUDA, PENUNGGANG P-HAILING SABTU INI

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR:  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan bertemu dengan golongan belia dan penunggang motosikal bagi perkhidmatan penghantaran makanan (p-hailing) pada Sabtu ini dalam sesi dialog Temu Anwar: Selangor X Belia P-Hailing.

Anwar berkata selain tumpuan terhadap isu yang dihadapi golongan muda, sesi itu akan difokuskan kepada segmen penunggang p-hailing.

“Justeru itu, saya ingin menjemput anak-anak muda serta para penggerak p-hailing Negeri Selangor untuk turut sama dalam sesi ini.

“Pertanyaan dan pandangan semua pihak amat dialu-alukan untuk kita sama-sama membangunkan Malaysia MADANI,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Program itu akan berlangsung di Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor dan pendaftaran boleh dibuat menerusi laman sesawang temuanwar.com.–AlHijrah Online

Leave a Reply