Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

18 MAUT DALAM SERANGAN DI MASJID DI NIGERIA

DUNIA

18 MAUT DALAM SERANGAN DI MASJID DI NIGERIA

Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh selepas sebuah masjid di Zamfara, Nigeria diserang penyerang bersenjata, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan pada Sabtu.

Sumber Gambar: Anadolu

ABUJA (Nigeria): Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh selepas sebuah masjid di Zamfara, Nigeria diserang penyerang bersenjata, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan pada Sabtu. 

Penyerang dilaporkan melepaskan tembakan ke arah jemaah yang sedang berkumpul untuk menunaikan solat Jumaat di masjid yang terletak di wilayah Ruwan Jema. 

Ramai mangsa turut dilaporkan cedera. 

Jurucakap polis Zamfara Muhammad Shehu mengesahkan kejadian itu namun jumlah sebenar angka korban belum dapat dipastikan. 

Sejak lima tahu lalu, Zamfara menjadi medan pertempuran antara Fulanis dan puak yang mencari rezeki melalui pertanian.

Presiden Nigeria Muhammadu Buhari turut mengharamkan aktiviti perlombongan di negeri itu atas faktor keselamatan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading