18 MAUT DALAM SERANGAN DI MASJID DI NIGERIA

Sumber Gambar: Anadolu

ABUJA (Nigeria): Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh selepas sebuah masjid di Zamfara, Nigeria diserang penyerang bersenjata, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan pada Sabtu. 

Penyerang dilaporkan melepaskan tembakan ke arah jemaah yang sedang berkumpul untuk menunaikan solat Jumaat di masjid yang terletak di wilayah Ruwan Jema. 

Ramai mangsa turut dilaporkan cedera. 

Jurucakap polis Zamfara Muhammad Shehu mengesahkan kejadian itu namun jumlah sebenar angka korban belum dapat dipastikan. 

Sejak lima tahu lalu, Zamfara menjadi medan pertempuran antara Fulanis dan puak yang mencari rezeki melalui pertanian.

Presiden Nigeria Muhammadu Buhari turut mengharamkan aktiviti perlombongan di negeri itu atas faktor keselamatan.–AlHijrah Online

Leave a Reply