Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

2026: TV ALHIJRAH JANJIKAN DAKWAH SEGAR DAN INTERAKTIF PADA SLOT 9 MALAM

DALAM NEGARA

2026: TV ALHIJRAH JANJIKAN DAKWAH SEGAR DAN INTERAKTIF PADA SLOT 9 MALAM

TV AlHijrah terus memperkukuh peranannya sebagai stesen dakwah utama negara dengan memperkenalkan program baharu serta memberi nafas baharu kepada program utama bagi slot 9 malam untuk tahun 2026 yang mula bersiaran Januari ini.

KUALA LUMPUR: TV AlHijrah terus memperkukuh peranannya sebagai stesen dakwah utama negara dengan memperkenalkan program baharu serta memberi nafas baharu kepada program utama bagi slot 9 malam untuk tahun 2026 yang mula bersiaran Januari ini.

Penawaran terbaharu ini menampilkan pembaharuan format, pengisian lebih interaktif serta pendekatan yang dekat dengan realiti kehidupan masyarakat.

Antara program yang kembali dengan nafas baharu ialah Mai Mengaji yang mula bersiaran pada 19 Januari 2026 setiap Isnin.

Program itu menampilkan Ustaz Husaini, Ustazah Rozana dan Ustazah Aisyah Bain yang mengekalkan konsep pembelajaran Al-Quran secara santai dengan penambahan sesi interaksi penonton, segmen membetulkan bacaan, tugasan mingguan dan penglibatan pelajar termasuk mualaf.

Slot pada Selasa pula diisi dengan Dakwah Live yang mula bersiaran pada 6 Januari 2026 dan dikendalikan oleh Ustaz Izzhar Nazri.

Program bual bicara langsung itu akan mengupas isu kekeluargaan, kemasyarakatan dan semasa melalui perbincangan studio, segmen ‘Vlog Spot’ serta interaksi dua hala bersama penonton menerusi panggilan telefon dan media sosial.

Manaka slot pada Rabu menampilkan program Analisis yang kembali bersiaran 7 Januari 2026 ini yang dikendalikan oleh Amin Idris dan Talib Husin.

Program itu memberi tumpuan kepada perbincangan isu semasa, sosial dan keagamaan secara lebih mendalam bersama pakar dan tokoh berwibawa.

Pada Khamis pula ialah program baharu Dari Hati Wanita yang mula bersiaran pada 15 Januari 2026

Program kendalian Ustazah Nazirah Abu Bakar itu menjadi ruang perkongsian wanita membincangkan isu rumah tangga, kerjaya, emosi dan spiritual berlandaskan panduan Islam yang praktikal dan menenangkan.

Pada Jumaat, Sabtu dan Ahad turut diisi dengan program-program ilmu istimewa yang menyentuh aspek keilmuan, kerohanian dan pembentukan sahsiah serta jati diri umat Islam.

Melalui gabungan ilmu, dialog dan realiti masyarakat, slot 9 malam TV AlHijrah 2026 mencerminkan usaha berterusan stesen itu dalam menyampaikan dakwah yang relevan dan segar.
— AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading