Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

3 MAUT, 11 CEDERA BANGUNAN RUNTUH DI IBU NEGARA IRAN

DUNIA

3 MAUT, 11 CEDERA BANGUNAN RUNTUH DI IBU NEGARA IRAN

Sekurang-kurangnya tiga orang maut manakala 11 lagi cedera pada Ahad apabila beberapa bangunan sedang dalam pembinaan runtuh di ibu negara Iran Tehran, lapor media tempatan.

TEHRAN: Sekurang-kurangnya tiga orang maut manakala 11 lagi cedera pada Ahad apabila beberapa bangunan sedang dalam pembinaan runtuh di ibu negara Iran Tehran, lapor media tempatan.

Insiden itu berlaku pada sebelah pagi ketika kakitangan Majlis Perbandaran Tehran, disokong oleh pasukan polis wilayah sedang menyelia kemusnahan sebuah bangunan “tidak selamat” di Daerah 19, Xinhua memetik laporan Agensi Berita Pelajar Iran (ISNA).

Kejatuhan bangunan itu mengakibatkan lima bangunan bersebelahan yang tidak mematuhi syarat keselamatan runtuh, menyebabkan empat pegawai polis dan dua kakitangan majlis perbandaran tertimbus di bawah runtuhan, kata ISNA, memetik kenyataan Pusat Maklumat Polis Tehran.

Pasukan penyelamat berusaha untuk mengeluarkan mangsa dari runtuhan menurut kenyataan itu, sambil menambah empat orang berjaya diselamatkan setakat ini.

Dalam kenyataan berasingan, jurucakap Jabatan Bomba Tehran, Jalal Maleki berkata kejadian itu dilaporkan pada 12.24 tengah hari waktu tempatan (0854 GMT) dan pasukan penyelamat, disokong oleh kren dan peralatan pembersihan segera dihantar ke tempat kejadian.

Beliau menyatakan satu daripada bangunan runtuh sepenuhnya manakala yang lain runtuh sebahagiannya sambil menambah tidak ada pekerja di dalamnya.

Sementara itu, Ketua Pusat Penerangan Polis Tehran, Babak Namakshenas, mengesahkan dua daripada mangsa adalah pegawai polis.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading