Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

24 ORANG MAUT DALAM KEMALANGAN BAS DI MAGHRIBI

DUNIA

24 ORANG MAUT DALAM KEMALANGAN BAS DI MAGHRIBI

Seramai 24 penumpang terbunuh selepas sebuah bas penumpang hilang kawalan lalu terbalik di tengah Maghribi pada Ahad.

Sumber Gambar: AFP

KAHERAH: Seramai 24 penumpang terbunuh selepas sebuah bas penumpang hilang kawalan lalu terbalik di tengah Maghribi pada Ahad, Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan Agensi Berita Afrika Utara, MAP.

Menurut pihak berkuasa tempatan, bas berkenaan dilaporkan dalam perjalanan ke pasar mingguan sebelum terbalik ketika melalui selekoh di wilayah tengah Azilal.

Punca nahas masih belum dapat dipastikan dan siasatan mengenai kejadian itu sedang dijalankan.

November lalu, 11 orang terbunuh manakala 43 lagi cedera apabila sebuah bas terbalik berhampiran bandar Taza di timur Maghribi.

Nahas jalan raya meragut sekurang-kurangnya 3,200 nyawa setiap tahun di Maghribi, menurut Agensi Kebangsaan bagi Keselamatan Jalan Raya negara itu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading