BADAN PERUNDANGAN NEGERI ADA KUASA GUBAL UNDANG-UNDANG KESALAHAN JENAYAH SYARIAH – MOHD NA’IM
KUALA LUMPUR: Badan Perundangan Negeri mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang kesalahan jenayah Syariah bagi kesalahan-kesalahan yang berhubung dengan pelanggaran rukun-rukun Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. – Bernama
KUALA LUMPUR: Badan Perundangan Negeri mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang kesalahan jenayah Syariah bagi kesalahan-kesalahan yang berhubung dengan pelanggaran rukun-rukun Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, perkara itu diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan diperkenan oleh Sultan dan Raja Pemerintah di setiap negeri sebelum dikuatkuasakan.
“Usaha bagi memartabatkan undang-undang Syariah merupakan tanggungjawab bersama semua pihak.
“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa agama Islam negeri bagi memastikan undang-undang Syariah yang telah digubal oleh Badan Perundangan Negeri dilaksanakan dengan sebaiknya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kenyataan berkaitan keabsahan undang-undang jenayah syariah menerusi kes di Mahkamah Persekutuan itu merujuk kes Nik Elin Zurina Lawan Kerajaan Negeri Kelantan.
Tegas Mohd Na’im kes tersebut masih di peringkat prosiding di Mahkamah Persekutuan Malaysia dan sebarang komentar berkaitan kes ini diklasifikasikan sebagai sub-judice.
Beliau dalam pada itu menyeru semua pihak termasuk, khususnya pihak berkuasa agama Islam negeri, badan-badan berkanun berkaitan agama Islam dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai kepentingan terhadap agama Islam untuk terlibat sama di dalam kes berkenaan sama ada sebagai pencelah (intervener), watching brief atau sahabat mahkamah (amicus curiae).
“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin memberikan jaminan bahawa Kerajaan akan sentiasa mempertahan serta menambahbaik institusi kehakiman syariah di Malaysia.
“Dalam hal ini, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sentiasa bekerjasama rapat bersama pihak berkuasa agama Islam negeri termasuk institusi perundangan dan kehakiman syariah negeri yang terletak secara mutlak di bawah Sultan dan Raja Pemerintah setiap negeri,” katanya,
Selain itu, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah merangka agenda memperkasa institusi mahkamah syariah melalui Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah. Jawatankuasa ini telah diperakukan sebagai sebuah Jawatankuasa di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).
“Adalah penting untuk umat Islam di Malaysia mengetahui bahawa adalah menjadi keutamaan saya sejak dari dahulu ketika menjadi Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) untuk meletakkan kehakiman syariah ditempat yang tinggi dan terhormat, apatah lagi kini saya selaku Menteri Hal Ehwal Agama, tentulah ia terus menjadi agenda utama dalam pentadbiran saya,” katanya. — AlHIjrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked