“KPM memberikan tumpuan penuh kepada keperluan anak-anak berkeperluan khas. Kami sentiasa komited dalam meningkatkan akses pendidikan khususnya kepada anak-anak keperluan khas.
KEPALA BATAS: Murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) mempunyai keupayaan dan berpotensi untuk menyumbang kepada pembangunan serta kemajuan pendidikan di negara ini.
Justeru, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa komited dan meneruskan menyediakan akses serta fasiliti yang secukupnya bagi golongan murid berkenaan untuk terus berjaya dalam sektor pendidikan.
“KPM memberikan tumpuan penuh kepada keperluan anak-anak berkeperluan khas. Kami sentiasa komited dalam meningkatkan akses pendidikan khususnya kepada anak-anak keperluan khas.
“Sebab itu, kami menyediakan pendidikan dan latihan berkualiti, memantapkan kebolehupayaan dan mencapai enrolmen sejagat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK) Bumbong Lima, di sini hari ini.
Fadhlina berkata SMKPK Bumbong Lima yang merupakan sekolah pendidikan khas ke-35 di negara ini dan kelima di Pulau Pinang, mencerminkan komitmen KPM dalam memberikan perhatian khusus kepada murid keperluan khas.
Sehubungan itu, beliau berkata peruntukan dalam Belanjawan Persekutuan bagi murid berkeperluan khas juga ditingkatkan selain kerajaan sedang membangunkan sebuah sekolah sukan pendidikan khas di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan.
Mengulas lanjut, Fadhlina berjanji KPM sentiasa serius dalam menyediakan akses pendidikan kepada semua orang agar tiada mana-mana golongan tercicir daripada arus pendidikan negara.
Ia termasuk memberikan akses pendidikan kepada murid yang tiada mempunyai dokumen pengenalan diri dan tiada kewarganegaraan melalui inisiatif Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK); murid uzur atau sakit dan yang berada dalam belenggu kemiskinan.
SMKPK Bumbong Lima bakal menyediakan pendidikan bagi 192 murid meliputi 160 orang yang menginap di asrama dan 32 yang tidak menginap di asrama.
Sekolah berkenaan akan memulakan operasi pada Oktober tahun ini melibatkan 32 murid bagi Tingkatan Satu, seterusnya pada Mac 2024 bagi murid Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat (akademik dan pendidikan vokasional menengah atas).
Projek yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) Rolling Plan 1, 2016 itu dilengkapi dengan asrama, blok akademik, padang, garaj bas, dewan dan semua fasiliti yang lain.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager