INSPEKTOR SHEILA AKAN KEMUKA BANTAHAN TERHADAP TIGA TUDUHAN
Seorang inspektor wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’, akan mengemukakan bantahan awal terhadap tiga pertuduhan dihadapinya, termasuk mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal.
KUALA LUMPUR: Seorang inspektor wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’, akan mengemukakan bantahan awal terhadap tiga pertuduhan dihadapinya, termasuk mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal.
Peguam M. Manoharan yang mewakili Sheila Sharon Steven Kumar, 35, memaklumkan demikian semasa sebutan kes itu di Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini, di hadapan Majistret Chai Guan Hock.
Beliau berkata pihaknya akan memfailkan bantahan awal itu, kerana ia melibatkan isu berkaitan Perlembagaan selain mendakwa pertuduhan dihadapi anak guamnya tidak berasas dan remeh.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Anis Farhah Ahmad Hilmi memaklumkan kepada mahkamah, pihaknya telah menyerahkan sebahagian dokumen berkaitan kes ini kepada pihak pembelaan kecuali rakaman video.
Sheila didakwa mengugut M. Silverkoomarie, 69, dengan niat untuk mendatangkan kegentaran kepada wanita warga emas di No 8, Jalan SG 1/1, Taman Sri Gombak di sini, pada 12 tengah hari, 15 Jun lepas, mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pegawai polis wanita itu juga didakwa menghina kesopanan seorang lelaki P. Taneswaran, 31, dengan berkata “you tengok badan you, gemuk, botak dan badak sumbu”, di lokasi dan tarikh sama pada 1 tengah hari, mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Sementara itu di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni, Timbalan Pendakwa Raya Erneetha Kaur Beghwant Singh turut memaklumkan, pihak pendakwaan telah menyerahkan sebahagian dokumen berkaitan kes kepada pihak pembelaan.
Di mahkamah itu, Sheila berdepan pertuduhan menyebut berkenaan pangkat lans koperal dengan cara tidak wajar kepada Lans Koperal Abdul Arif Farhan Abdul Razak, dengan maksud untuk mengaibkan kehormatannya di lokasi dan tarikh sama pada 1.25 tengah hari, mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Kedua-dua mahkamah menetapkan 22 Ogos ini untuk sebutan semula kes.
Ketika ditemui pemberita, Sheila berkata beliau mahu berkhidmat untuk masyarakat dan ingin kembali bertugas sebagai pegawai penyiasat di Bukit Aman, bagi membanteras kejahatan dan kes jenayah.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests