Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAJA MAUT, RAKANNYA PARAH KEMALANGAN MOTOSIKAL DI MERSING

DALAM NEGARA

REMAJA MAUT, RAKANNYA PARAH KEMALANGAN MOTOSIKAL DI MERSING

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun maut, manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan lalu merempuh sebuah kereta di Jalan Penyabong, Belukar Juling, semalam.

MERSING: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun maut, manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan lalu merempuh sebuah kereta di Jalan Penyabong, Belukar Juling, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani berkata pelajar sekolah yang membonceng motosikal jenis Yamaha 125Z itu, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Mersing akibat cedera parah di bahagian kaki dan badan, dalam kejadian kira-kira 2 pagi.

Beliau berkata penunggang motosikal berkenaan yang merupakan rakan sekolahnya, 15, cedera parah di bahagian kaki dan sedang menerima rawatan di hospital yang sama.

“Hasil siasatan mendapati, kemalangan dipercayai berpunca daripada penunggang motosikal yang datang dari arah Penyabong cuba memotong kereta Proton Saga, sebelum melanggar kenderaan tersebut.

“Bagaimanapun, pemandu kereta Proton Saga itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading