Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA REMAJA THAILAND MINTA SEDEKAH, SALAH GUNA SURAT KEBENARAN DITAHAN

DALAM NEGARA

DUA REMAJA THAILAND MINTA SEDEKAH, SALAH GUNA SURAT KEBENARAN DITAHAN

Polis menahan dua remaja warga Thailand yang sedang meminta sedekah daripada orang ramai di hadapan sebuah bank di Gopeng, semalam.

Gambar hiasan.

IPOH: Polis menahan dua remaja warga Thailand yang sedang meminta sedekah daripada orang ramai di hadapan sebuah bank di Gopeng, semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata kedua-dua suspek berumur 17 tahun itu didapati memasuki Malaysia menggunakan pas lawatan, dan menjadi sukrelawan bagi Pertubuhan Kebajikan Raudhah Malaysia (PKRM) Perak.

“Salah seorang daripada suspek didapati memiliki pas lawatan yang telah tamat tempoh. Kedua-dua suspek didapati secara salah menggunakan satu surat sokongan yang ditandatangani Ketua Polis Perak, dengan memegang tabung yang telah dilekatkan surat itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kedua-dua suspek ditahan di bawah Seksyen 3(3) Akta Pungutan Derma Rumah Ke Rumah dan Jaln 1947 serta Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/1963.

Mohd Yusri seterusnya mengingatkan orang ramai supaya tidak menyalah guna sebarang kebenaran diberikan bagi tujuan yang menyalahi undang-undang, dan mereka yang mempunyai maklumat berkenaan perkara ini boleh menghubungi pihak polis di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading