AGONG, PERMAISURI BERKENAN BERANGKAT KE MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI PUTRAJAYA ISNIN INI
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1446 Hijrah yang bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pada Isnin.
PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1446 Hijrah yang bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pada Isnin.
Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turutakan hadir bagi menyemarakkan majlis itu yang bertemakan “Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI”.
Menurut JAKIM, kemuncak sambutan bagi memperingati kelahiran Nabi Muhamaad SAW yang dijangka dihadiri 6,000 tetamu itu ialah penyampaian Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1446 Hijrah/2024 Masihi oleh Sultan Ibrahim.
“Pada majlis ini seorang penerima Anugerah Perdana dan enam orang akan menerima Anugerah Maulidur Rasul SAW.
“Anugerah ini diberikan sebagai pengiktirafan kepada individu yang layak dan telah memberi sumbangan cukup bermakna dalam pembangunan ummah dan negara,” menurut kenyataan itu.
Mengenai pemilihan tema sambutan, JAKIM memaklumkan tema berkenaan manifestasi daripada intipati ajaran Rasulullah SAW serta sangat signifikan bagi memacu umat di negara ini ke arah kejayaan hakiki di dunia dan akhirat.
Majlis itu akan disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen tempatan dan disambung siar oleh beberapa stesen radio tempatan.
Sempena sambutan tahun ini, beberapa majlis akan turut diadakan antaranya Malam Cinta Rasul 2024 yang memuatkan tiga program iaitu Karnival Healing De’Masjid dan Pameran Artifak Rasulullah SAW selama empat hari bermula hari ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini serta Selawat Perdana di Dataran Putra pada Ahad. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked