OP GLOBAL: 13 KANAK-KANAK DISYAKI DILIWAT, EMPAT LELAKI DISIASAT – KPN
Tiga belas kanak-kanak yang merupakan penghuni rumah perlindungan yang diserbu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Op Global Rabu lepas, disyaki telah diliwat.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain pada sidang media di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini hari ini. Turut hadir Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain. –fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Tiga belas kanak-kanak yang merupakan penghuni rumah perlindungan yang diserbu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Op Global Rabu lepas, disyaki telah diliwat.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata hal ini berdasarkan saringan perubatan yang dijalankan terhadap 13 mangsa itu yang menghuni di rumah perlindungan di Selangor dan Negeri Sembilan.
Beliau berkata pihaknya juga telah membuka empat kertas siasatan terhadap empat lelaki yang disyaki melakukan perbuatan berkenaan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Mengenai 402 penghuni yang diselamatkan menerusi Op Global itu, Razarudin berkata 392 telah selesai menjalani saringan kesihatan melibatkan 202 lelaki dan 190 perempuan.
Sepuluh lagi mangsa yang merupakan Orang Kurang Upaya dan autisme bersama 49 kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk ditempatkan sementara di rumah perlindungan di Bukit Beruntung, Cheras dan Seremban, Negeri Sembilan.
“Temu bual polis dengan mereka ini (mangsa) mendapati mereka dipisahkan daripada ibu bapa sejak berusia dua tahun, malah ada yang telah bertahun-tahun tidak berjumpa dengan ibu bapa mereka yang berada di luar negara atas arahan syarikat antaranya di Arab Saudi dan Turkiye,” katanya dalam sidang media di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
Dalam pada itu, Razarudin berkata pihaknya sedang menyiasat sama ada pemisahan antara ibu bapa dan anak-anak dilakukan secara sukarela atau paksaan oleh pihak pengurusan syarikat.
Beliau berkata siasatan turut mendapati penghuni rumah amal berkenaan yang merupakan generasi ketiga dan keempat tidak bersekolah secara formal, hanya belajar di rumah amal itu dan ia merupakan satu kesalahan.
“Polis telah membuka 24 kertas siasat dalam operasi ini mengikut Akta Kanak-kanak 2001, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan lain-lain lagi akta yang berkuat kuasa,” katanya.
Razarudin berkata saringan kesihatan terhadap mangsa-mangsa yang diselamatkan turut mendapati 172 daripada mereka mempunyai kesan kecederaan fizikal lama serta membabitkan emosi.
“Malah, ada kanak-kanak yang didapati tumbesaran mereka terjejas,” katanya.
Mengulas mengenai tangkapan berkenaan, beliau berkata daripada 171 individu yang ditahan dalam operasi berkenaan yang terdiri daripada penjaga dan pengurus rumah amal berkenaan, sebanyak 159 daripadanya telah ditahan reman antara empat dan tujuh hari.
Beliau berkata mereka yang berumur antara 18 hingga 51 tahun ditahan di lokap di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.
“Sebanyak 12 orang lagi merupakan remaja bawah umur dan tiada keperluan untuk pihak polis menahan reman mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Razarudin turut memaklumkan seorang lagi lelaki berumur 39 tahun ditahan semalam di Putrajaya kerana mengugut seorang wanita yang telah membuat laporan polis berkaitan syarikat berkenaan.
Beliau juga menasihati mana-mana bekas ahli dan yang pernah menjadi mangsa syarikat terbabit untuk tampil membantu siasatan kes itu. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests