Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bukanlah sebuah agensi yang berperanan dalam penguatkuasaan undang-undang termasuk untuk mengambil tindakan kepada GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).
KUALA LUMPUR : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bukanlah sebuah agensi yang berperanan dalam penguatkuasaan undang-undang termasuk untuk mengambil tindakan kepada GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).
Presiden Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU) JAKIM, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, kenyataan yang dibuat Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abu Hafiz Salleh Hudin melalui media sosial berkenaan peranan JAKIM dalam isu GISBH menimbulkan kekeliruan dan persepsi negatif dalam kalangan orang ramai mengenai peranan serta fungsi agensi itu.
“PKPU merasa perlu memberikan penjelasan dan mempertahankan fakta yang dinyatakan. Kami ingin menegaskan, pandangan yang diberikan tidak tepat serta tidak mewakili peranan sebenar JAKIM” katanya.
JAKIM adalah sebuah agensi agama persekutuan di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), yang bertindak menyelaras pengurusan hal ehwal Islam dengan mandat daripada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) selain bertanggungjawab kepada Kabinet dan melaksanakan tugas berdasarkan peruntukan undang-undang serta garis panduan sebagai sebuah agensi kerajaan.
Bagaimanapun jelas Mohd Ajib, JAKIM akan sentiasa bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa agama negeri bagi memastikan segala tindakan yang diambil berlandaskan undang-undang yang berkuat kuasa Respon PKPU ini bagi menjawab kenyataan bekas Ketua Pejuang Muda Malaysia, Abu Hafiz supaya JAKIM dirombak kerana didakwa lewat mengambil tindakan terhadap GISBH.
Katanya, PKPU yakin di bawah kepimpinan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, JAKIM sentiasa menjalankan tugas secara profesional dan telus tanpa sebarang kepentingan peribadi.
“Kami juga percaya usaha JAKIM untuk mempertahankan akidah, syariah dan akhlak Islam akan terus diperkukuhkan melalui pendekatan yang bijaksana dan kerjasama erat dengan agensi berkaitan,” katanya. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests