AMALKAN LANGKAH KESIHATAN AWAM SEPANJANG RAMADAN – KP KESIHATAN
Orang ramai digalakkan terus mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat sepanjang menjalani ibadah puasa tidak lama lagi.
KUALA LUMPUR: Orang ramai digalakkan terus mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat sepanjang menjalani ibadah puasa tidak lama lagi.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ketika menghadiri aktiviti-aktiviti kebiasaan seperti solat tarawih di masjid, perhimpunan majlis ilmu dan majlis berbuka puasa, orang ramai perlu terus beringat bahawa virus COVID-19 serta virus lain seperti Influenza masih ada.
Katanya antara langkah-langkah kesihatan awam yang boleh diambil termasuk memakai pelitup muka sekiranya bergejala terutama di kawasan ramai orang dan sesak; kerap mencuci tangan terutama selepas bersalaman atau membawa sanitasi tangan serta mengamalkan etika batuk dan bersin dengan betul.
“Jemaah juga digalakkan membawa sejadah sendiri dan pakaian solat bagi jemaah wanita untuk ke masjid manakala individu bergejala digalakkan mengamalkan penilaian risiko kendiri (TRIIS) dan elakkan berada di kawasan awam.
“Individu positif COVID-19 dilarang menghadiri aktiviti sosial dan segera dapatkan rawatan jika gejala bertambah teruk,” katanya dalam kenyataan mengenai situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia di sini, hari ini.
Dr Noor Hisham juga menasihati orang ramai supaya mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang sepanjang berpuasa bagi memastikan kesihatan optimum selain meningkatkan sistem pertahanan badan melawan penyakit terutama COVID-19.
Katanya pengambilan kalori secara berlebihan dan tidak aktif boleh meningkatkan risiko obesiti dan penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi, diabetes, kanser dan penyakit jantung.
Mengenai status terkini COVID-19, Dr Noor Hisham berkata kes baharu bagi tempoh 12 hingga 18 Mac lepas meningkat 18 peratus iaitu 1,848 berbanding 1,566 pada minggu sebelumnya sekali gus menjadikan kumulatif kes baharu sejak 25 Jan 2020 berjumlah 5,047,040.
Dr Noor Hisham berkata bilangan kes sembuh pula menurun 13.7 peratus iaitu daripada 1,423 kes kepada 1,228 kes manakala bilangan kes kematian meningkat 150 peratus iaitu daripada dua kes kepada lima kes.
Katanya ia menjadikan kumulatif kes sembuh sebanyak 5,000,457 manakala kes kematian kini 36,972.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests