Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PDRM SIASAT VIDEO TULAR DUA LELAKI HINA NABI

DALAM NEGARA

PDRM SIASAT VIDEO TULAR DUA LELAKI HINA NABI

KAJANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan telah menerima laporan berhubung video tular dalam media sosial berkaitan dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad SAW.

KAJANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan telah menerima laporan berhubung video tular dalam media sosial berkaitan dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad SAW.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata siasatan kini sedang dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Sudah tentu KDN akan memberi keutamaan kepada perkembangan kes ini yang tentunya tidak sihat sama sekali dalam konteks amalan beragama di negara ini,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Penjara ke-233 di Maktab Penjara Kajang, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KDN Datuk Ruji Ubi dan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Datuk Nordin Muhamad.

Baru-baru ini, tular rakaman video berdurasi 52 saat dalam media sosial memaparkan dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad SAW.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading