CAGARAN WANG CARUMAN KWSP UNTUK BUAT PINJAMAN BANK TIDAK BERCANGGAH AKTA KWSP – PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pinjaman bank dengan cagaran wang caruman mereka tidak bercanggah dengan Seskyen 51, Akta KWSP.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pinjaman bank dengan cagaran wang caruman mereka tidak bercanggah dengan Seskyen 51, Akta KWSP.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan telah merujuk kepada pihak KWSP dan Peguam Negara untuk mendapatkan nasihat undang-undang berkenaan perkara itu.
Menurutnya kepentingan peminjam juga dipelihara melalui kaedah berkenaan apabila dividen masih diteruskan KWSP walaupun diberikan cagaran.
“Umpamanya RM50,000 sebagai pinjaman, tetapi dividen itu akan diberikan sepenuh ikut kumpulan asal. Jadi tidak dipotong (dividen),” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Muslimin Yahaya (PN-Sungai Besar) mengenai adakah kaedah cagaran itu melanggar Akta KWSP, dan sama ada Perdana Menteri mendapatkan nasihat Peguam Negara mengenai hal berkenaan.
Anwar menjelaskan risiko KWSP juga sangat minima berikutan pulangan cagaran dalam beberapa tahun dapat diperolehi meskipun jika terdapat jumlah kecil pencarum yang gagal membayar pinjaman.
Mengulas lanjut, beliau berkata KWSP meminta pencarum menggunakan kaedah pinjaman Islam untuk membuat pinjaman bank, namun tidak menghalang jika pencarum Islam atau bukan Islam terutamanya ingin membuat pinjaman mengikut kadar konvensional.
“Saya ingin menyatakan kita mengenakan kadar instrumen kewangan Islam, jadi dengan kos perkhidmatan yang minima tetapi tidak mengukur dari segi faedah bank konvensional. KWSP memilih untuk meminta ahli-ahli menggunakan kaedah pinjaman Islam dengan kadar faedah yang paling mimina yang tentunya lebih rendah daripada kadar di pasaran,” katanya.
Selain itu, Anwar berkata pencarum masih boleh memanfaatkan Akaun 2 KWSP bagi tujuan pendidikan, menunaikan haji dan perbelajaan hospital seperti diumumkan sebelum ini.
Perdana Menteri meminta semua pihak supaya tidak beranggapan bahawa pengeluaran KWSP sebagai satu-satunya kaedah untuk meringankan beban rakyat kerana kerajaan juga mengambil langkah-langkah lain termasuk memberi bantuan secara berasingan antaranya kepada pekerja, pekebun, nelayan dan penjawat awam.
“Ini KWSP, akad kita itu jelas, (ia) untuk hari tua. Sebab itu fatwa-fatwa yang jelas dalam hal ini umpamanya tidak dikenakan cukai, malah beberapa kemudahan tambahan diberikan hanya kepada pencarum,” katanya.
Anwar berkata beliau bimbang masa depan pencarum akan lebih sukar jika simpanan mereka hanya tinggal RM4,000 atau RM10,000 sahaja pada masa akan datang.
Beliau memaklumkan bilangan ahli KWSP berumur bawah 55 tahun dengan simpanan kurang RM10,000 mencecah 6.7 juta dan majoriti adalah dalam kalangan Bumiputera dengan median RM4,937 simpanan.
Menurutnya 20 negara yang memberikan kebenaran mengeluarkan wang tabung simpanan pada hari tua susulan pandemik COVID-19 juga telah menghentikan kelulusan pengeluaran berkenaan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked