Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ANGGOTA POLIS WANITA MAUT NAHAS DUA KERETA DI GELANG PATAH

DALAM NEGARA

ANGGOTA POLIS WANITA MAUT NAHAS DUA KERETA DI GELANG PATAH

Seorang anggota polis wanita maut selepas kereta Proton Saga dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah Proton Waja di KM28, Jalan Gelang Patah-Pendas, dekat Johor Bahru pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M Kumarasan berkata kemalangan berlaku kira-kira 7.15 pagi ketika mangsa dalam perjalanan dari Gelang Patah ke tempat kerjanya di Balai Polis Taman Universiti, Skudai.

Sumber: Media Sosial

JOHOR BAHRU: Seorang anggota polis wanita maut selepas kereta Proton Saga dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah Proton Waja di KM28, Jalan Gelang Patah-Pendas, dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M Kumarasan berkata kemalangan berlaku kira-kira 7.15 pagi ketika mangsa dalam perjalanan dari Gelang Patah ke tempat kerjanya di Balai Polis Taman Universiti, Skudai.

“Setiba di lokasi kejadian, Proton Waja dari arah bertentangan dipercayai tiba-tiba membelok ke simpang kiri dan tidak berhenti semasa lampu isyarat merah sehingga menyebabkan kemalangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata anggota polis berusia 37 tahun itu disahkan meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Sultanah Aminah, di sini, akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan manakala seorang lagi mangsa, wanita berusia 41 tahun cedera di bahagian kepala dan dada serta masih belum sedarkan diri di hospital sama.

Kemalangan itu, katanya sedang disiasat lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 manakala orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Iskandar Puteri melalui talian 07-5101322.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading