Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA TEMPATAN CUBA SELUDUP KELUAR HAIWAN EKSOTIK DITAHAN DI KLIA

DALAM NEGARA

WANITA TEMPATAN CUBA SELUDUP KELUAR HAIWAN EKSOTIK DITAHAN DI KLIA

Seorang wanita tempatan ditahan kerana disyaki cuba menyeludup keluar sembilan haiwan eksotik dianggarkan bernilai RM127,000, yang disembunyikan dalam bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, malam tadi.

Sumber: AKPS KLIA

SEPANG: Seorang wanita tempatan ditahan kerana disyaki cuba menyeludup keluar sembilan haiwan eksotik dianggarkan bernilai RM127,000, yang disembunyikan dalam bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, malam tadi.

Wanita berusia 39 tahun yang dalam perjelanan ke India itu ditahan pada 9.30 malam selepas pemeriksaan bagasi rutin oleh pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) telah menemukan sembilan ekor haiwan liar dalam bagasi terbabit.

“Antara haiwan yang dirampas adalah masing-masing empat ekor disyaki siamang dan sugar glider, serta seekor beruk.

“Kesemua haiwan ini merupakan spesies dilindungi dan dipercayai diseludup untuk tujuan perdagangan haram antarabangsa,” menurut kenyataan AKPS hari ini.

Menurut AKPS, wanita terbabit telah dibawa ke Balai Polis KLIA untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] serta Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686].–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading