PROGRAM ‘AL-QURAN DI MANA-MANA’ BAWA MESEJ KALAMULLAH PENEMAN DALAM KEHIDUPAN
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menganjurkan program “Al-Quran Di Mana-Mana” sebagai satu inisiatif strategik dan kempen promosi berimpak tinggi bersempena Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) kali ke-65 yang akan berlangsung tidak lama lagi.
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menganjurkan program “Al-Quran Di Mana-Mana” sebagai satu inisiatif strategik dan kempen promosi berimpak tinggi bersempena Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) kali ke-65 yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, kempen ini mengangkat pengisian tilawah dan tadabbur al-Quran dengan membawa mesej mendalam bahawa membaca serta menghayati al-Quran bukan terhad kepada majlis rasmi semata-mata malah boleh dilakukan di mana jua, seperti di dalam pengangkutan awam, pejabat, taman rekreasi mahupun di ruang awam sebagai sebahagian daripada gaya hidup masyarakat Islam.
“Tumpuan utama kempen ini adalah penghayatan isi kandungan al-Quran secara menyeluruh. Melalui pendekatan yang lebih dekat dan mesra masyarakat, kempen ini bertujuan menghidupkan suasana rohani yang selari dengan semangat penganjuran MTHQA.
“Kempen ini juga bukan untuk meraih populariti, tetapi seruan ikhlas agar masyarakat kembali menjadikan al-Quran sebagai teman hidup untuk dibaca, dihayati dan dirasai maknanya,” katanya.
Segmen pertama kempen ini dimulakan pada 29 hingga 31 Julai 2025 melalui kerjasama dengan pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan menggunakan perkhidmatan tren elektrik (ETS) dari KL Sentral ke Padang Besar.
Perjalanan disambung dengan perkhidmatan State Railway of Thailand (SRT) sebagai kesinambungan laluan rentas sempadan antara Malaysia dan Thailand yang berakhir di Hatyai.
Antara pengisian sepanjang perjalanan adalah sesi membaca al-Quran, sesi ibrah serta tadabbur al-Quran yang dilaksanakan di beberapa ‘checkpoint’ terpilih.
Agihan sumbangan kepada komuniti setempat, sumbangan wakaf al-Quran kepada institusi pendidikan, masjid dan surau juga akan dilakukan.
Segmen kedua bagi kempen ini diserikan dengan inisiatif istimewa “Al Quran Di Mana-Mana @ Bukit Bintang” yang pertama kali dianjurkan pada 31 Julai 2025 bermula jam 8.00 malam.
Program ini secara signifikan melambangkan peluasan budaya membaca dan mentadabbur al-Quran ke jantung kota raya Kuala Lumpur, sekali gus membawa mesej bahawa al-Quran wajar diangkat sebagai panduan hidup yang dekat dengan masyarakat.
Hakikatnya, kempem ini bukan sekadar suatu acara, tetapi merupakan gerakan rohani yang mengajak semua lapisan masyarakat untuk kembali menjadikan al-Quran sebagai rujukan utama kehidupan, dibaca, difahami serta diamalkan nilai dan ajarannya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked