Sebanyak 1,443 kandungan jelik dan melampau melibatkan kanak-kanak telah diturunkan penyedia perkhidmatan media sosial dari pelbagai platform digital antara 1 Jan 2022 hingga 15 Julai lepas.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata tindakan itu susulan pelanggaran terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta garis panduan komuniti yang ditetapkan oleh penyedia platform berkenaan.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,443 kandungan jelik dan melampau melibatkan kanak-kanak telah diturunkan penyedia perkhidmatan media sosial dari pelbagai platform digital antara 1 Jan 2022 hingga 15 Julai lepas.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata tindakan itu susulan pelanggaran terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta garis panduan komuniti yang ditetapkan oleh penyedia platform berkenaan.
Fahmi menjawab soalan Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) berhubung kawal selia yang telah dan akan dilaksanakan bagi memastikan algoritma penyedia platform seperti YouTube dihalang daripada terus menyuburkan konten anomali, toksik dan merosakkan kognitif seperti brain rot daripada terus muncul kepada pengguna khususnya remaja dan kanak-kanak pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah melaksanakan sesi libat urus berterusan dengan penyedia platform seperti YouTube dan TikTok untuk memastikan algoritma mereka lebih telus dan selaras dengan peraturan tempatan.
“Ini termasuk keperluan untuk mengehadkan pendedahan pengguna kepada kandungan berunsur negatif atau memudaratkan,” katanya.
Selain itu, Fahmi berkata bermula 1 Jan lepas, penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial yang memenuhi kriteria pelesenan diwajibkan memohon Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi sebagai langkah kawal selia kandungan dan pengurusan algoritma lebih bertanggungjawab.
Beliau berkata Kod Tatalaku yang diterbitkan MCMC turut mewajibkan langkah seperti verifikasi umur, kawalan ibu bapa yang efektif, fungsi keselamatan untuk kanak-kanak serta audit kandungan secara berkala.
Fahmi berkata Kempen Internet Selamat yang dilancarkan awal tahun ini juga giat dilaksanakan di sekolah dan institusi pengajian tinggi dengan lebih 60,000 pelajar terlibat setakat ini.
“Buat masa ini, kempen ini akan dilaksanakan di 10,000 sekolah, institusi pengajian tinggi serta Institut Pendidikan Guru melalui beberapa inisiatif libat urus dan kerjasama dengan Majlis Perwakilan Pelajar di universiti awam seluruh negara,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked