Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ATM SAHKAN ENAM ANGGOTA MALBATT CEDERA DALAM SERANGAN ISRAEL DI LUBNAN

DALAM NEGARA

ATM SAHKAN ENAM ANGGOTA MALBATT CEDERA DALAM SERANGAN ISRAEL DI LUBNAN

Enam orang anggota MALBATT 850 mengalami kecederaan; lima anggota melibatkan MALBATT 850-12 mengalami pelbagai cedera ringan termasuk seorang yang mengalami kecederaan di bahagian tangan (suspected closed fracture left arm) dan seorang lagi melibatkan anggota MALBATT 850-11 yang juga mengalami cedera ringan.

Sumber Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan enam anggota Malaysian Battalion (MALBATT) 850 tercedera akibat serangan rejim Zionis Israel, di Lubnan.

ARTIKEL BERKAITAN – ANGGOTA MALBATT BARU TIBA DI LUBNAN CEDERA AKIBAT SERANGAN ISRAEL

ATM memaklumkan kejadian berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah, pada 7 Nov 2024 (Khamis) jam 1.54 tengahari waktu Lubnan (7.45 malam waktu Malaysia).

Katanya, letupan tersebut menyasarkan sebuah kenderaan awam lain yang sedang menghala ke Beirut namun turut mengakibatkan kerosakan pada sebuah bas yang membawa anggota MALBATT 850-12.

“Akibat kejadian tersebut, enam orang anggota MALBATT 850 mengalami kecederaan; lima anggota melibatkan MALBATT 850-12 mengalami pelbagai cedera ringan termasuk seorang yang mengalami kecederaan di bahagian tangan (suspected closed fracture left arm) dan seorang lagi melibatkan anggota MALBATT 850-11 yang juga mengalami cedera ringan.

“Anggota yang cedera di tangan telah segera dibawa ke Hospital Hamood di Saida untuk mendapatkan rawatan oleh Pegawai Perubatan MALBATT 850-11,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Dalam pada itu, ATM akan terus memantau perkembangan situasi tersebut dengan rapi serta akan memaklumkan sebarang kemas kini dari masa ke semasa.

“ATM kekal komited terhadap tahap keselamatan dan kesejahteraan anggota dalam melaksanakan misi pengaman di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya.

Semalam, penghantaran pertama pasukan MALBATT 850-12, melibatkan 220 pegawai dan anggota lain-lain pangkat dilakukan bagi meneruskan misi pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Penugasan dan penghantaran pasukan MALBATT 850-12 diatur gerak secara berperingkat ke Lubnan, bermula semalam hingga 18 Nov ini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: ANGGOTA MALBATT BARU TIBA DI LUBNAN CEDERA AKIBAT SERANGAN ISRAEL – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading