Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ANGGOTA MALBATT BARU TIBA DI LUBNAN CEDERA AKIBAT SERANGAN ISRAEL

DALAM NEGARA

ANGGOTA MALBATT BARU TIBA DI LUBNAN CEDERA AKIBAT SERANGAN ISRAEL

Empat orang anggota Malaysia Battalion (MALBATT 850-12) yang baru tiba untuk menyambung misi pengaman di Lubnan, dilaporkan cedera akibat terkena serpihan letupan Zionis Israel.

Sumber Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 yang baharu tiba bagi menyambung misi pengaman di Lubnan terkena serpihan letupan di sekitar kawasan lapangan terbang negara itu pada kira-kira pukul 2 petang waktu tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN – ATM SAHKAN ENAM ANGGOTA MALBATT CEDERA DALAM SERANGAN ISRAEL DI LUBNAN

Reuters melaporkan empat anggota MALBATT bersama tiga askar Lubnan cedera akibat terkena serpihan letupan rejim Zionis Israel.

Insiden itu turut mengakibatkan tiga rakyat Lubnan maut selepas rejim Zionis menyasarkan sebuah kereta yang dipandu mereka.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa satu kenyataan media daripada Markas Angkatan Tentera Bersama akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Difahamkan insiden tersebut berlaku ketika anggota kumpulan pertama MALBATT 850-12 dalam perjalanan ke kem tugasan sebelum berlaku letupan yang mengakibatkan beberapa anggota mengalami kecederaan.

Semalam, penghantaran pertama pasukan MALBATT 850-12, melibatkan 220 pegawai dan anggota lain-lain pangkat dilakukan bagi meneruskan misi pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Penugasan dan penghantaran pasukan MALBATT 850-12 diatur gerak secara berperingkat ke Lubnan, bermula semalam hingga 18 Nov ini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: ATM SAHKAN ENAM ANGGOTA MALBATT CEDERA DALAM SERANGAN ISRAEL DI LUBNAN – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading