PROGRAM PEMBANGUNAN PREMIS DIGITAL MAIWP PERKASA 100 USAHAWAN ASNAF
Inisiatif berkenaan adalah salah satu usaha MAIWP melahirkan usahawan asnaf yang cakna dengan perkembangan teknologi digital dan berupaya mengaplikasikan teknik pemasaran digital dalam pengembangan perniagaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (dua, kiri) menyaksikan penyerah cek cura yang bernilai RM472,800.00 dari Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Datuk Mohd Nizam Yahya (kanan) kepada Ketua Pegawai Eksekutif MYNIC Berhad Datuk Hasnul Fadhly Hasan (kiri) pada Majlis Perasmian Penutup Pembangunan Premis Digital Usahawan MAIWP di Menara MAIWP hari ini.
Turut hadir Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Syed Kamarulzaman Syed Kabeer (dua, kanan).
Sumber Gambar: BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 100 orang usahawan terdiri daripada asnaf di Wilayah Persekutuan telah terpilih menyertai program Pembangunan Premis Digital yang dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama MYNIC Berhad, agensi di bawah Kementerian Digital.
Inisiatif berkenaan adalah salah satu usaha MAIWP melahirkan usahawan asnaf yang cakna dengan perkembangan teknologi digital dan berupaya mengaplikasikan teknik pemasaran digital dalam pengembangan perniagaan.
Majlis perasmian penutup program itu telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar di sini hari ini.
Mohd Na’im di dalam ucapannya berkata inisiatif digitalisasi usahawan asnaf MAIWP itu melibatkan perbelanjaan dana zakat berjumlah RM472,800.
Beliau berkata selain latihan, usahawan asnaf yang terlibat turut dipantau dan dibimbing secara berterusan serta diberikan latihan-latihan keusahawanan yang lain.
“Seperti mana kita tahu, dunia kini bergerak pantas dengan perkembangan teknologi dan inovasi. Oleh itu, salah satu inisiatif MAIWP adalah untuk memastikan bahawa para usahawan MAIWP dapat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang ada, termasuklah premis digital yang telah dibangunkan.
“Ini bukan sahaja akan meningkatkan keberkesanan operasi perniagaan, tetapi juga membantu usahawan kita menyebarluaskan perniagaan mereka di dalam dan luar negara,” katanya.
Sementara itu, MAIWP dalam satu kenyataan memaklumkan usahawan asnaf yang terpilih menyertai program berkenaan diberikan pendedahan melibatkan penjenamaan digital, penggunaan ekosistem e-dagang yang efektif serta pengaplikasian teknik pemasaran digital terkini.
“Dalam program hari ini juga, seramai 10 orang usahawan asnaf terbaik yang berjaya membangunkan tapak web perniagaan mereka telah diberikan hadiah sagu hati,” menurut kenyataan itu.
Turut hadir Pengerusi MAIWP Syed Kamarulzaman Syed Kabeer dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Datuk Mohd Nizam Yahya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager