POLIS BUNUH PELAJAR: ANALISIS KIMIA DAPATI MOTOSIKAL BERLANGGAR DENGAN ATIVA
Seorang pegawai sains memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa hasil analisis kimia mendapati bahagian belakang motosikal Yamaha telah berlanggar dengan bahagian hadapan sebelah kanan kereta Perodua Ativa, dua kenderaan yang terlibat dalam kes pegawai kanan polis didakwa membunuh pelajar sekolah menengah pada Disember tahun lepas.
Pegawai kanan polis Mohd Nazri Abdul Razak, 44, dibawa ke Mahkamah Tinggi pada hari ketiga perbicaraan kes bunuh yang dituduh terhadapnya.
Mohd Nazri dituduh menyebabkan kematian seorang pelajar 17 tahun, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie dengan melanggar mangsa dengan kereta di Jalan Taman Jati, Meru, pada Disember tahun lalu.
Sumber Gambar: BERNAMA
IPOH: Seorang pegawai sains memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa hasil analisis kimia mendapati bahagian belakang motosikal Yamaha telah berlanggar dengan bahagian hadapan sebelah kanan kereta Perodua Ativa, dua kenderaan yang terlibat dalam kes pegawai kanan polis didakwa membunuh pelajar sekolah menengah pada Disember tahun lepas.
Burhanuddin Mat Sharif, 45, yang bekerja di Jabatan Kimia Malaysia Negeri Perak itu berkata analisis itu mendapati terdapat perpindahan bahan bukti yang diambil daripada kedua-dua kenderaan berkenaan.
“Pada 18 Disember 2023 saya telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh untuk membuat pemeriksaan ke atas kedua-dua buah kenderaan iaitu sebuah motosikal Yamaha berwarna hitam putih bernombor pendaftaran WUT 7980 dan kenderaan utiliti sukan Perodua Ativa putih bernombor pendaftaran SWF 5759.
“Semasa menjalankan pemeriksaan motosikal Yamaha saya mendapati kerosakan penting di bahagian belakang iaitu plastik tapak nombor plat belakang pecah, lampu belakang pecah dan tanggal, koyakan pada sisi kiri tayar belakang dan ekzos motor tiada,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya dalam perbicaraan hari ketiga kes pegawai kanan polis DSP Mohd Nazri Abdul Razak didakwa membunuh seorang pelajar 17 tahun Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie pada 15 Dis tahun lepas.
Burhanuddin membaca pernyataan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz memanggil saksi ketujuh tersebut selepas perbicaraan ditangguhkan pada sesi petang, hari ini.
Burhanuddin berkata selepas pemeriksaan, beliau mengambil spesimen daripada motosikal Yamaha berkenaan untuk dianalisis termasuk kepingan cat asing berwarna putih yang ditanda sebagai Y1, plastik bercat hitam (Y2) dan dua spesimen getah tayar belakang (Y3).
“Semasa memeriksa kenderaan utiliti sukan Perodua Ativa berwarna putih pula saya mendapati kerosakan penting di bahagian hadapan sebelah kanan kenderaan iaitu lampu depan sebelah kanan pecah, kesan calar hitam pada sebelah kanan bampar, bampar depan sebelah kanan sebahagian pecah dan tertanggal.
“Saya kemudian mengambil spesimen dari kenderaan utiliti itu untuk tujuan analisis iaitu cat berwarna putih (P1), palitan bahan asing berwarna hitam (P2) dan kepingan bahan asing berwarna hitam (P3),” katanya.
Beliau berkata hasil analisis menunjukkan kepingan cat asing berwarna putih daripada motosikal (Y1) adalah sepadan dengan cat dari kereta (P1), sementara palitan dan kepingan bahan asing berwarna hitam juga menunjukkan persamaan antara kedua-dua kenderaan.
Pada hari pertama perbicaraan kes itu Selasa lepas, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Afzainizam Abdul Aziz mengemukakan keterangan bahawa tertuduh ialah seorang pemandu kenderaan jenis Perodua Ativa dan mangsa merupakan penunggang motosikal jenis Yamaha semasa kejadian.
Terdahulu pada sesi pagi, saksi keenam seorang jurufoto cawangan D6 IPD Ipoh, Lans Koperal Nik Zamri Ismail, 34, dalam pernyataan berkata beliau telah mengambil 36 keping gambar di lokasi kejadian antaranya gambar tempat suspek mula mengejar mangsa dan lokasi dipercayai pelanggaran berlaku dan tempat asal mangsa dipercayai jatuh.
Mengikut pertuduhan, Mohd Nazri, 45, didakwa membunuh Muhammad Zaharif Affendi di Jalan Taman Jati 1 berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati di sini antara 11.45 pagi hingga 12.40 tengah hari pada 15 Dis 2023.
Pegawai kanan polis itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun dan minimum sebatan 12 kali, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet bersambung esok. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.