KUALA LUMPUR: Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Tabung Haji (TH) melalui siaran akhbar semalam menyatakan keperluan vaksin COVID-19 dan influenza adalah kepada bakal haji berumur 65 tahun dan ke atas serta individu yang dikategorikan berisiko tinggi semasa pemeriksaan kesihatan.
Bagi pelaksanaan vaksinasi COVID-19, bakal haji yang terlibat boleh mendapatkan suntikan vaksin secara percuma di 247 klinik kesihatan terpilih di seluruh negara mengikut janji temu yang ditetapkan menerusi aplikasi MySejahtera atau laman rasmi TH di http://www.tabunghaji.gov.my.
“Janji temu bagi vaksin COVID-19 boleh dibuat melalui aplikasi MySejahtera bermula 14 Feb dan individu boleh mendapatkan suntikan bermula 17 Feb.
“Notifikasi peringatan janji temu juga akan dihantar melalui aplikasi MySejahtera sehari sebelum tarikh janji temu,” menurut kenyataan itu.
Menurut KKM, bakal haji yang bukan dalam kumpulan sasar boleh mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 secara sukarela di fasiliti kesihatan berkaitan setelah mendapat konsultasi daripada pegawai perubatan.
Sementara itu, bakal haji berumur 65 tahun ke atas serta individu yang dikategorikan berisiko tinggi semasa pemeriksaan kesihatan perlu mendapatkan suntikan vaksin influenza di mana-mana fasiliti swasta yang tersenarai dalam aplikasi MySejahtera atau fasiliti swasta yang boleh memuat naik Sijil Digital Vaksinasi ke aplikasi MySejahtera.
“Selaras dengan Program Imunisasi Influenza Kebangsaan diumumkan baru-baru ini, bakal haji warganegara Malaysia berumur 60 tahun ke atas yang menghidap sekurang-kurangnya satu penyakit kronik boleh mendapatkan vaksin influenza secara percuma di fasiliti kesihatan kerajaan terpilih.
“Janji temu boleh dibuat melalui aplikasi MySejahtera mulai 14 Feb, dengan tarikh janji temu akan diberikan bermula 18 Feb,” menurut KKM.
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan maklumat terkini dan panduan berkaitan vaksinasi kepada bakal haji boleh diajukan kepada KKM dan TH.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.