Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RAYA AIDILFITRI: DISKAUN TOL 50 PERATUS PADA 18, 19 MAC

DALAM NEGARA

RAYA AIDILFITRI: DISKAUN TOL 50 PERATUS PADA 18, 19 MAC

Kerajaan hari ini mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus sempena Aidilfitri bagi mengurangkan kos perjalanan rakyat pulang ke kampung halaman.

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus sempena Aidilfitri bagi mengurangkan kos perjalanan rakyat pulang ke kampung halaman.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif ini melibatkan tanggungan kewangan berjumlah RM21.03 juta bagi tujuan pampasan kepada syarikat konsesi tol.

Jelasnya diskaun tol akan mula berkuat kuasa bermula jam 12.01 tengah malam Rabu 18 Mac hingga 11:59 malam Khamis 19 Mac.

“Diskaun tol ini melibatkan kenderaan persendirian Kelas 1 di semua lebuh raya, kecuali di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading